10 Khasiat Air Kelapa Yang Ramai Orang Tidak Tahu.

| October 16, 2018 | 0 Comments

10 Khasiat Air Kelapa Yang Ramai Orang Tidak Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Tahukah air kelapa sebenarnya lebih baik daripada kebanyakan air penghidrat tenaga diluar sana. Air semula jadi ini sangat kaya dengan nutrient nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh. Berikut merupakan kebaikan air kelapa yang menjadi mengapa ia sungguh popular. Ketika cuaca panas, minum air kelapa memang melegakan. Selain pelepas dahaga, air kelapa juga dimanfaatkan sebagai ubat pelbagai penyakit.

Sejak dulu, minum air kelapa dijadikan amalan kerana dianggap ubat mujarab membantu mengurangkan demam campak selain berfungsi menurunkan suhu badan dengan cepat.

Lebih istimewa, air kelapa boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan. Bagi rawatan tradisional pula, ia adalah ubat berkesan untuk membasmi pelbagai jenis cacing dalam usus, diminum pada sebelah pagi sebelum makanan lain diambil.

Hasil kajian mendapati air kelapa yang diminum kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula antara 1.7 hingga 2.6 peratus dan protein 0.07 hingga 0.55 peratus.

 

Buah ajaib

Di Filipina, air kelapa lebih kepada proses pembuatan minuman alkohol, cuka, nata de coco dan jelly manakala di negara kita, air kelapa digunakan untuk minuman dan bahan asas pembuatan nata de coco. Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera turut dikenali Wonder Food.

Ia dipanggil begitu disebabkan banyak kandungan nutrisi di dalam buah kelapa yang diperlukan tubuh. Di beberapa negara, kelapa dikaitkan dengan mitos buah ajaib. Penganut Hindu memanggil kelapa sebagai pokok syurga kerana dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan dan umur panjang.

Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. Malah sebiji kelapa cukup untuk memenuhi keperluan Vitamin C seharian, selain membantu mengawal penyakit diabetes.

Ahli Persatuan Dietetik Amerika, Andrea Giancol RD, berkata kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung. Namun, katanya, walaupun begitu berkhasiat, perlu juga mengambil sumber tambahan lain seperti sayur dan buah.

 

INFO: Antara fakta dan mitos

Fakta

Air kelapa dapat menjadi penawar sementara tubuh beracun – Air kelapa mampu melarutkan racun dalam perut, namun ia bersifat sementara. Minuman air kelapa awet muda – Air kelapa mengandungi vitamin C yang baik untuk kesegaran kulit.

 

Mitos

Air kelapa membuat badan lemah – Air kelapa mengandungi nutrisi karbohidrat, asam amino, vitamin dan ion yang memberi tenaga.

Minum air kelapa akan mempercepatkan kelahiran bayi – Hingga kini belum ada bukti saintifik berkenaan dakwaan ini. Bagaimanapun, ia berkhasiat untuk ibu hamil dan janin kerana mengandungi zat gizi.

Lelaki minum air kelapa lemah syahwat – Secara umumnya masalah berkenaan disebabkan faktor tekanan dan sebagainya.

Air kelapa penyebab sakit jantung – Air kelapa mengandungi kalium yang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.

Jangan minum air kelapa ketika diet – Kajian mendapati air kelapa tidak menyebabkan kegemukan kerana yang membuatkan kegemukan adalah santan dan isi kelapa.

Ibu hamil bagus minum air kelapa untuk kesuburan rambut – Hamil atau tidak, minum air kelapa memang menyegarkan.

 

10 KHASIAT AIR KELAPA

1. Mengurangkan Berat Badan

Kalau di banding dengan minuman yang lain, kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan.

 

2. Penjagaan Kulit

Kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna, air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia membantu memulihkan kelembapan semulajadi kulit anda.

Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat.

Apabila kulit anda menjadi kering, ia hilang keupayaan semulajadi untuk melawan bakteria meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat.

Kalau anda sedar, banyak produk kecantikan yang popular di pasaran mengandungi ekstrak buah kelapa kerana kebaikanya dalam penjagaan kulit telah lama terbukti.

 

3. Membantu Penghadaman

Jika anda selalu rasa kembung dan susah untuk menghadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman anda.

Ini kerana air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masaalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda.

 

4. Menggalakkan Penghidratan

Apabila anda berseman ataupun menjalankan aktiviti fizikal, badan anda akan kehilangan mineral penting yang membuat anda rasa letih.

Daripada anda minum Air Isotonik yang penuh dengan gula, anda boleh menggantikan mineral yang hilang dengan cara yang lebih sihat. Air Kelapa membawa kesan yang sama seperti minuman Isotonik dalam menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam.

Satu cawan Air Kelapa mengandungi 294 mg Kalium dan 5 mg Gula semulajadi. Kandungan gula yang rendah dibandingkan dengan minuman Isotonik menjadikan ia alternatif yang sihat.

 

5. Menurunkan Tekanan Darah

Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi.

Kerana Air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan.

Kajian yang boleh dijumpai di dalam West Indian Medical Journal 2005, menunjukan air kelapa dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71% dari perserta kajian tersebut.

 

6. Kaya Dengan Nutrien & Vitamin

Berbeza dengan jus lain yang ada di pasaran, air kelapa mengandungi dos Vitamin dan Nutrien yang penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

 

7. Penuh dengan Potassium

Kepada yang belum tahu tentang kebaikan Potassium, ia membantu membina protein dan bertanggung jawab untuk merangsang saraf dan otot seluruh badan. Ia juga membantu tulang anda mengekalkan kalsium.

Secawan air kelapa mengandungi 600 milligram Potassium yang merupakan 17% dari jumlah harian yang disyorkan. Ini sama seperti anda makan satu biji pisang yang besar. Cukup sebab untuk anda jadikan Air kelapa sebagai satu sumber bekalan Potassium harian anda.

 

8. Mengimbangkan kadar pH Badan

Stress dan tekanan kehidupan harian, tambahan pula makananan segera yang penuh dengan bahan kimia, boleh meningkatkan kadar asid dalam badan ke tahap yang bahaya.

Ini membuat badan kita rasa lemah dan mengurangkan keupayaan semulajadi tubuh kita menyerap mineral yang penting. Kadar pH badan yang tinggi juga boleh meletak tekanan pada hati untuk berkerje lebih keras. Selain daripada itu, antara penyakit lain yang boleh disebabkan oleh kadar pH tinggi adalah:

  • artritis reumatoid
  • osteoporosis
  • Kencing Manis
  • tekanan darah tinggi
  • kurang daya tahan.
  • Air kelapa memberi kesan alkali dan bertindak untuk mengimbangkan kadar PH dalam badan.

 

9. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Air kelapa mengandungi asid amino dan serat yang boleh membantu mangawal kandungan gula dalam darah .

Ia juga meningkatkan sensitiviti insulin. Kajian menunjuk air kelapa membawa kesan terapeutik kepada tubuh manusia dengan cara membantu mengurangkan paras glukosa darah.

 

10. Melambatkan Proses Penuaan

Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan anti-penuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Ini mengurangkan risiko mendapat penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia. Kuasa Penghidratan Air Kelapa juga memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.

 

Berapa Banyak perlu anda minum?

Ada banyak cara anda boleh menikmati Air Kelapa dan cara yang paling sihat adalah minum terus daripada buah tanpa menambah gula.

Apapun cara anda pilih untuk menikmati Air Kelapa, pastikan ia dalam kuantiti yang berpatutan. Satu cawan sehari sudah cukup untuk anda memperoleh kebaikan yang tercatat diatas.

Pakar kesihatan dari Klinik Mayo mengatakan bahawa anda perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat jika anda hendak Minum Air Kelapa dengan kuantiti yang banyak kerana setiap satu 28 gram hidangan air kelapa mempunyai 45 ke 50 kalori.

Betapa bagus pun sesuatu makanan itu untuk kesihatan, jikalau diambil secara berlebihan, boleh mendatangkan kemudharatan.

Petua pilih buah kelapa yang sesuai untuk di minum adalah, lagi muda kelapa itu lagi bagus isinya.

Dinasihati supaya anda pilih yang hijau dan muda kerana ia mempunyai kandungan air yang lebih banyak.

kalau anda nak tahu kandungan air dia banyak ke tak, goncang saja kelapa itu dan dengar isi kandungan nye. Harap anda mendapat manfaat dari artikel ini.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *