10 Khasiat Rumpai Laut Ramai Orang Tak Tahu.

| December 24, 2018 | 0 Comments

10 Khasiat Rumpai Laut Ramai Orang Tak Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Rumpai laut atau dikenali sebagai sea bird nest, mengandungi sumber serat dan protein yang tinggi, justeru sesuai untuk penjagaan kulit.

10 Khasiat Rumpai Laut Ramai Orang Tak Tahu.

Rumpai laut yang dianggap ‘ibu kolagen’ mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.

Rumpai laut adalah sejenis algae. Terdapat lebih 10 ribu jenis rumpai laut terbahagi kepada 3 kumpulan warna iaitu hijau, merah dan coklat. Ia boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja. Secara am nya, Rumpai Laut atau Seaweed adalah makanan beralkali yang kaya dengan khasiat antaranya ialah:

  • Kandungan asid amino yang tinggi.
  • Mengandungi antioksida yang tinggi
  • Kandungan mineral yang pelbagai
  • Rendah lemak
  • Kalori rendah
  • Sumber tenaga
  • Tiada kolestrol
  • Mengandungi Vitamin A B dan C

 

Jom ketahui apakah khasiat rumpai laut.

1. Mencantikkan kulit
Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit.

Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik ini. Ini kerana berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

2. Merawat sakit jantung dan mengurangkan kolesterol
Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung. Rumpai laut bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan yang membantu merendahkan kadar kolestrol. Ia turut mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

Rumpai laut terkenal dengan sifat alkali yang kuat. Ia mengandungi protein yang tinggi dan beberapa mikronutrien yang hampir sama dengan bayam. Di Malaysia mungkin ia belum cukup terkenal berbanding Jepun. Rumpai laut adalah sejenis sayuran yang sangat popular di sana. Ia hidup di kawasan air masin dan cetek bagi mendapatkan cahaya matahari yang cukup.

3. Baik untuk kulit
Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Sifat alkali dalam rumpai laut tinggi disebabkan kehadiran mineral yang banyak dan pelbagai mineral lain seperti kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodin dan zink berbanding sayuran lain adalah baik untuk kesihatan kulit.

4. Berfungsi sebagai pelekat dalam badan
Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit.

5. Baik untuk penghadaman
Rumpai laut sangat baik untuk penghadaman kerana kandungan fibre atau serat nye yang tinggi. Hasil kajian para Saintis di Newcastle Universiti mendapati kandungan alginat yang terdapat di dalam rumpai laut coklat dapat memperkuatkan bendalir usus yang berfungsi untuk melindungi dinding usus.

Ia melambatkan penghadaman jadi kita merasa kenyang lebih lama dan memperlahankan penukaran makanan kepada tenaga (rendah-GI). Satu kajian ke atas flora najis wanita2 Jepun mendapati pengambilan rumpai laut yang tinggi menambah bakteria baik di dalam usus. Ia menyempurnakan pencernaan dan seterusnya mengurangkan angin dalam badan.

6. Tinggi nutrien dan rendah kalori
Pakar Nutrisi dari Klinik Food Doktor, Ian Marber mengatakan ada nutrien yang kita mungkin tidak akan dapat dari sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur. Menurut laporan dari British Journal Of Nutrition, Arame dan Wakame adalah rumpai laut yang kaya dengan kalsium, iodin, folate dan magnesium manakala rumpai laut ungu sangat kaya dengan Vitamin B

7. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Journal Of Nutrition juga melaporkan bahawa rumpai laut Wakame didapati telah menghindar tekanan darah tinggi pada haiwan. Kajian dari Universiti Kyoto mendapati serat dari rumpai laut coklat merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko stroke pada haiwan yang mempunyai masalah kardiovaskular.

Bagaimana pula dengan manusia? Kajian selama 25tahun terhadap penduduk Okinawa yang mempunyai arteri yang sihat, kolestrol rendah dan homocysteine (bahan kimia yang merosakkan jantung) rendah mendapati rumpai laut adalah 7 dari 10 diet harian dari buah2an dan sayur2an mereka.

8. Membantu badan untuk detox
Kajian dari Universiti McGill di Canada menunjukkan rumpai laut sangat baik untuk menyingkirkan strontium, bahan kimia radioaktif dari badan. Rumpai laut juga menyingkirkan toksik kadmium dan plumbum yang tidak hanya yang terdapat dalam asap rokok tetapi juga dari persekitaran yang tercemar akibat aktiviti industri dan pengangkutan, kata Dr Santillo, penyelidik sains kanan di Greenpeace.

9. Mencegah kanser payudara
Rumpai laut tinggi kandungan Lignan iaitu bahan yang membentuk phytoestrogen dalam badan. Ia membantu menghalang kimia estrogen membentuk kanser payudara. Dr Jane Teas dari Universiti Harvard menerbitkan kertas kerja mengatakan pengambilan rumpai laut Kelp mungkin menjadi faktor yang menyebabkan tahap kanser payudara yang rendah di kalangan wanita Jepun.

10. Meningkatkan taraf kesihatan
Menurut Greg Lampert, pengarah kursus herba di College Of Integrated Chinese Medicine, rumpai laut Kelp boleh mencairkan kahak, melawaskan pembuangan air kencing dan mengurangkan bengkak. Ia juga membantu meredakan mabuk. Sangat berkesan bagi mengembalikan kesihatan selepas pulih dari sakit.

Selain itu, di antara khasiat rumpai laut ialah:

  • Kajian menunjukkan rumpai laut ini mampu mengurangkan gejala osteoarthritis sebanyak 15 %
  • Mengandungi iodin yang diperlukan oleh kelenjar tyroid
  • Anti radang, anti bakteria dan anti viral
  • Mengandungi alginate yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme
  • Meminimum peningkatan berat badan
  • Mengurangkan masalah kulit seperti ekzema & psoriasis
  • Mengandungi seanol iaitu antioksidan yang mampu merangsang tenaga & kecergasan mental
  • Mengandungi lignan yang dikatakan mampu mengembali semula corak tidur & mengurangkan ‘hot flushes’ pada wanita menopaus
  • Sisa tapisan dari air rebusan boleh dijadikan masker untuk kulit yang lembap, licin & cerah
  • Menguat sistem keimunan, sistem abdomen & pelihara kalenjar tiroid
  • Mengurang penuaan pramatang seperti kedutan/kulit kendur
  • Mengurangkan selulit
  • Mengurangkan sakit bahu & belakang
  • Merawat gout
  • Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan dan merawat gastrik
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit
  • Menyembuhkan luka
  • Memberikan rasa kekenyangan yang lama

Itulah dia khasiat rumpai laut yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *