11 PUNCA Menyebabkan Sakit Mata Yang Perlu Anda Elakkan.

| January 2, 2019 | 0 Comments

11 PUNCA Menyebabkan Sakit Mata Yang Perlu Anda Elakkan.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Bangun tidur, rasa mata tak berapa selsesa. Pedih dan sakit. Bila pandang cermin, biji mata nampak kemerah-merahan. Kemungkinan besar anda sedang sakit mata. Macam mana tiba-tiba boleh kena sakit mata? Jom kami kongsikan info tentang punca sakit mata yang anda wajib tahu.

11 PUNCA Menyebabkan Sakit Mata Yang Perlu Anda Elakkan.

 

Apakah punca sakit mata?

Terdapat pelbagai punca anda mendapat sakit mata. Di antaranya ialah:

1. Ulser kornea
Ulser kornea ialah radang pada kornea mata yang berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman. Ulser kornea merupakan satu keadaan serius yang boleh menyebabkan anda hilang penglihatan atau menjadi buta. Jangkitan kuman pada kornea mata berlaku apabila kuman memasuki kornea melalui sebarang luka atau kecederaan yang berlaku di permukaan kornea.

Jangkitan yang berlaku akan menyebabkan anda sakit mata. Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, jangkitan tersebut boleh merebak jauh ke dalam mata sehingga menyebabkan anda menjadi buta. Di antara tanda ulser kornea ialah:

  • Sakit mata yang teruk
  • Bola mata menjadi merah
  • Mata jadi berair
  • Mata rasa berpasir atau berbiji
  • Mata menjadi sensitif kepada cahaya
  • Penglihatan menjadi kabur

2. Glaukoma akut
Glaukoma akut terjadi kerana berlakunya peningkatan tekanan secara mendadak kepada bola mata disebabkan oleh masalah pengaliran cecair. Kesannya, bola mata menjadi keras, tidak kenyal, lalu menyebabkan kesakitan yang amat dahsyat. Ia dianggap sebagai kes kecemasan bagi penyakit mata.

Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, pesakit boleh menjadi buta. Di antara simptom glaukoma akut ialah:

  • Sakit mata secara tiba-tiba
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Mata menjadi berpinar-pinar
  • Mata menjadi merah
  • Diserang sakit kepala
  • Berasa loya
  • Anda mungkin juga mengalami muntah-muntah

3. Uveititis
Ia merupakan keradangan yang berlaku pada lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid. Uveivitis berlaku disebabkan oleh penyakit sistemik seperti radang sendi, jangkitan kuman dan juga kanser. Ia boleh menyerang satu atau kedua belah mata.

Uveititis tidak boleh berjangkit pada orang lain. Kebiasaanya mereka yang sakit mata disebabkan oleh iveititis mengalami kemerahan berupa tompokan merah di sekeliling kornea. Di antara simptom uveititis ialah:

  • Sakit mata
  • Sensitif kepada cahaya
  • Mata menjadi kabur
  • Tompokan merah di sekeliling kornea
  • Melihat bayang terapung pada mata yang sakit

 

4. Allergic Conjunctivis
Ia adalah keadaan di mana mata anda menjadi sakit disebabkan oleh alahan kepada sesuatu seperi habuk, udara, pewangi bilik, pencuci pakaian, atau bahan dalam alat solekan mata seperti eye shaadow, maskara dan eye liner.

 

5. Demam alergi
Demam alergi juga boleh menyebabkan anda sakit mata.

 

6. Jangkitan bakteria
Salah satu punca sakit mata ialah mata anda telah dijangkiti oleh bakteria seperti Staphylococci sp dan Stretoccooci.sp.

 

7. Blpeharitis
Ini adalah keadaan di mana kelenjar mata di dalam kelopak mata anda menjadi tersumbat lalu menyebabkan keradangan pada kelopak mata. Apabila ia berlaku, mata anda akan mula menjadi merah dan terasa sakit.

 

8. Geseran pada kornea mata
Geseran kuat pada kornea mata akan menyebabkan mata anda rasa sakit dan pedih yang amat sangat sehingga tak boleh membuka mata.

 

9. Bendasing dalam mata
Kehadiran bendasing seperti habuk, kotoran, dan sisa alat solekan juga boleh menyebabkan anda sakit mata.

 

10. Suka menggosok mata
Kalau anda suka mnggosok mata, anda boleh menyebabkan mata anda sakit akibat geseran yang kuat & jangkitan kuman dari tangan yang tidak bersih.

 

11. Mata yang terlalu penat
Mata yang memandang skrin komputer terlalu lama dan tidak mendapat tidur yang secukupnya juga akan sakit.

 

Cara menghilangkan sakit mata?

Anda boleh mencegah sakit mata dengan mengamalkan tips-tips berikut:

Rehatkan mata
Jika anda bekerja di hadapan komputer, pastikan anda tidak mengadap skrin komputer dengan jarak yang terlalu dekat. Pastikan juga anda tidak mengdapat komputer untuk tempoh yang lama tanpa berehat. Setiap 30 minit, berehat sebentar. Pandang keliling pejabat. Pandang kehijauan di luar tingkap. Atau bersembang sebentar dengan rakan sebelah meja anda.

Jangan sentuh mata dengan tangan yang kotor
Jiki anda memakai contact lense, pastikan membasuh tangan dengan bersih sebelum membuka atau memakai contact lense.

Jangan selalu menggosok mata
Menggosok mata boleh mencederakan kornea mata & menyebabkan jangkitan kuman

Jaga kebersihan contact lense
Jika anda memakai contact lense, pastikan anda menjaga kebersihannya dengan betul. Tukar mengikut masa yang ditetapkan. Jangan tidur sambil memakai contact lense.

Pemeriksaan mata
Selalu membuat pemeriksaan mata dengan optometris untuk mengawal penyakit mata seperti glaukoma, kerosakan mata akibat diabetis, dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia.

Pakai cermin mata hitam semasa panas terik
Apabila keluar di tengah panas terik, jangan lupa untuk memakai cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada sinaran uv matahari.

Berhenti merokok
Merokok meningkatkan risiko anda menjadi buta akibat penyakit katarak, penyakit degenerasi makula , saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina, dan saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina. Merokok sememangnya membahayakan kesihatan.

Makanan seimbang
Pastikan anda mengamalkan makanan seimbang untuk menjaga kesihatan, terutamanya kesihatan mata. Makanan yang kaya dengan vitamin A dan lemak asid omega 3 seperti lobak merah, bayam, brokoli, salmon, tuna sangat baik untuk mata anda.

Itulah dia info tentang sakit mata yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

Tags: , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *