3 Tempat Makan Best Western Di Alor Gajah Melaka

| September 24, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Alor Gajah Melaka | Khalifah Media Networks – Kerap kali berkunjung ke Melaka, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Melaka ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Alor Gajah, Melaka. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Alor Gajah ni.

1. PIT STOP BISTRO

Rasanya jika kita tanya orang Senawang, rata-rata sudah mengenali restoran Pit Stop Bistro. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Pit Stop Bistro dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Pit Stop Bistro menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Bt. 16 1/2 kg melaka pindah, 78000 Alor Gajah, Melaka. Kalau sesat boleh call 012-398 0652. Restoran Pit Stop Bistro ini mula beroperasi setiap pukul 5.00 PM dan tutup pukul 12.00 AM, Setiap hari buka kecuali hari Isnin tutup.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/PIT-STOP-Bistro-165505556890926/

2. BENJAMIN KITCHEN

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Benjamin Kitchen adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Benjamin Kitchen bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran Benjamin Kitchen ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Benjamin Kitchen ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Lokasi sebaris Pizza Hut, Alor gajah dan sebelah FizZie Petshop. Nak mudah search waze – Benjamin Kitchen. Boleh juga telefon 012-603 8084 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Masa operasi 3.00 Ptg – 12.00 Mlm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Bejaminkitchen/

3. DE’ REGGAE FOOD STATION

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Alor Gajah. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di De’ Reggae Food Station ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di De’ Reggae Food Station. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Traffic Light Pengkalan, 78000 Alor Gajah, Melaka. Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – De’ Reggae Food Station. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011-3318 0103. Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan untuk mencuba makanan di restoran De’ Reggae Food Station ini. InshaAllah puas hati.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dbcelop/

Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *