3 Tempat Makan Best Western Di Bangi, Selangor

| November 19, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Bangi, Selangor | Khalifah Media Networks – Perkongsian kali ini kami ingin kenalkan kedai makan best kepada anda jika bercuti atau berkunjung ke Bangi, Selangor. Memang lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, perut pun mula kelaparan, kita pasti tertanya-tanya dimana tempat makan best kat sini? kan?

Ok disini kami membari tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Bangi, Selangor. Kalau berdekatan dengan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Bangi ni.

1. COWBOY STEAK HOUSE

Restoran Cowboy SteakHouse ini sangat disyorkan pada anda jika memilih ‘port’ yang bersih, kemas & teratur. Restoran ini yang dihias kemas agak menarik perhatian. Ok berkenaan dengan hidangan disediakan disini. Apa yang syoknya kedai ni servis cepat! Lepas order dibuat cuma perlu menunggu tak sampai 10 minit untuk makanan sampai. Rasa hidangan pun puas hati. Nampak simple je tapi sampai licin jugak la jika makan. So tak menyesal order. Kedai ni offer pelbagai jenis masakan panas including western food. Harganya juga berpatutan janji best. Apa lagi yg best kat restoran ni? Meh tengok gambar menu menarik direstoran Cowboy SteakHouse ini.

Memang highly recommended pada sesiapa yang singgah ke Bangi atau memang orang area Bangi untuk singgah ke restoran ni. Sebelum terlupa ini alamatnya jika berhajat untuk pergi : 39-G , jalan 7/7C seksyen 7, bandar baru bangi, 43000 Bangi, Selangor. Waktu perniagaan pula bermula pukul 3.00 pm – 11.45 pm. Jika ada sebarang pertanyaan boleh call 019-661 4120.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/cowboysteakhousebangi7/

2. BANGI STATION WESTERN

Ni satu lagi kedai yang best di Bangi, Bangi Station Western ini menyajikan hidangan makanan yang sedap dan hipster, terdapat bermacam variasi menu disini dengan pelbagai rasa dan pasti korang akan berpuas hati dengan masakan yang dihidangkan di Bangi Station Western ini.

Ada bermacam menu yang menarik dan mengiurkan terdapat disini, antara yang uniknya disini terdapat makanan western disukai ramai dan lain-lain lagi. Jom tengok beberapa gambar menarik disini.

Jika anda berhajat untuk singgah ke Bangi Station Western, ini alamatnya : No 19, Jalan Kajang Impian 2/1 Taman Kajang Impian, 43650 Bangi, Selangor. Boleh hubungi 011-5152 4088 jika ada sebarang pertanyaan. Dibuka dari pukul 5.00 petang hingga pukul 2.00 pagi.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/bangistation2017/

3. RED CARD CAFE

Bagi peminat western food, ini satu lagi restoran yang menyediakan masakan ala barat yang menjadi tumpuan ramai. Masakan barat disini ramai yang review cakap memang sedap dan puas hati. Kedai pun memang lawa sebab dihias dengan kreatif ala hipster. Sesuai untuk datang bersama seisi keluarga atau bersama dengan rakan-rakan berbincang sesuatu urusan atau melepak. Jom ita cuci mata tengok gambar hidangan menarik yang ada di Red Card Cafe.

Menarik bukan hidangan di restoran Red Card Cafe ini. Jika nak singgah, ini lokasinya : Red Card Cafe, 17 Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon : 016-212 6672. So boleh rancang perjalan anda nanti untuk datang ke sini samada bersama keluarga atau dengan kawan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/redcardcafe/

Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas dah habis baca ye!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *