13 Tempat Makan Best Western Di Bentong, Pahang | Khalifah Media Networks – Jikalau kita ke Pahang, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?

Disini kami memberikan 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Bentong, Pahang. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 13 tempat makan best di Bentong ni.

1. CAFE TAWAKAL

Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah memang terkenal dengan masakan yang sedap. Ini dia Restoran & Cafe Tawakal yang tetiba meletop di Bentong. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Disini boleh kata semuanya masakan barat dan tempatan disediakan untuk para pelanggan.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu bolehlah ke sini. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.

Keseluruhan masakan di sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran Tawakal ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : Terletak Di Bentong, Pahang. Boleh waze atau google restoran & Cafe tawakal. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 016-5027425. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 12.00 pm hingga 12 am. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/RestoranKafeTawakal/

2. CHICKENPANKO

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana selesa bolehlah berkunjung jamu selera di Restoran ChickenPanko. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera. Ada pelbagai masakan ala barat disediakan untuk pilihan anda.

Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja ChickenPanko ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di ChickenPanko.

Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi Restoran ChickenPanko ini di mana. Ini alamatnya : Persimpangan Utama, Taman Sri Siantan, 28700 Bentong, Pahang. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 011-1650 6572. Mula beroperasi pada jam 7.00 pm hingga jam 11.00 pm. Buka setiap hari.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ChickenPanko/

3. VR CORNER

Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western dan masakan tempatan yang best di Bentong. Dah bosan dengan chicken chop atau lamb chop biasa, apa kata datang try western yang sedap di restoran VR Corner pula.

Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di VR Corner ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.

Ramai warga Bentong yang memberi review bahawa VR Corner ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : Gerai no.14 medan selera kampung baru, 28700 Bentong, Pahang. Kalau sesat boleh call 011-3367 9136. Dibuka bermula pukul 12.00 pm – 12.00 am. Jom pakat terjah ramai-ramai.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/vesparodos/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Bentong ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!

Share.

2 Comments

  1. Kena Cuba chinese Muslim food di bentong…signature dish dia super..
    Boleh tengok di Fb page merekA…Wong kham muslim Chinese food

  2. Tq bosskur sudi review kedai kami vr corner… klu dtg ke bentong singgah2 la lg ke kedai kami… boleh b’sua kenal.. semoga Allah balas jasa baik tuan dan family aminn.. in shaa Allah..😊

Leave A Reply