13 Tempat Makan Best Western Di Changlun Kedah | Khalifah Media networks – Lazimnya kita kalau ke mana-mana tempat, antara perkara penting mesti mencari tempat makan yang best kan? Ok jangan risau, kami akan mudahkan urusan anda dengan memberi ‘port’ baik untuk anda menjamu selera.

Disini kami memberikan anda 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Changlun, Kedah. Kalau anda ada urusan di Changlun atau tinggal disini, kenapa tidak untuk mencuba kan? Nak tahu 13 tempat makan best dengan lebih lanjut ikuti artikel ini.

1. MAMBO BISTRO

Kalau tanya orang Changlun, Restoran Mambo Bistro ini bukan sesuatu yang asing lagi. Ramai yang datang kesini pasti berpuas hati dan layanan dari pekerja juga sangat ramah dan mesra. Kalau anda mencari tempat yang santai rasanya Mambo Bistro pilihan yang tepat.

Restoran ini menyediakan hidangan ala-ala makanan barat yang Superlicious! Menariknya cara hidangan disini adalah dihidangkan dengan talam yang Besar Gedabak! Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau perut kecik ye. Ini antara gambar-gambar menu yang menarik disediakan di restoran ini.

Harga bagi sajikan untuk SET TALAM amat berbaloi dari RM20 hingga RM40. Makan sampai puas. Lokasi restoran Mambo Bistro terletak di Pekan Changlun,bersebelahan Tokong Cina dan hadapan Ramesh Frozen. Nak senang waze atau google maps ‘Mambo Bistro’. Kalau tak jumpa juga terus call 017-551 4512. Waktu operasi pula bermula pukul 7 petang – 2 pagi. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin saja cuti. Apa lagi ajak semua adik beradik, kawan kawan mai dinner kat sini, bagi depa rasa MAMBO punya MENU tengok terangkat ka dak!

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/MamboBistroCafe/

2. ILLA DATARAN CAFE CORNER

Restoran pilihan kedua pula iaitu Illa Dataran Cafe Corner. Jika anda tak tahu nak makan kat mana kan dan hari-hari pusing kedai yang sama ja, sesekali kena jugak tukar angin kan? Apa kata anda cuba masakan disini pula. Ruang restoran yang luas sesuai untuk seisi kelurga atau bersama rakan-rakan.

Restoran ini bukan saja menyediakan masakan ala barat saja namun ada juga masakan lain seperti Sizzling dan anda boleh cuba juga menu menarik Mee Besen yang hanya terdapat di restoran ini saja. Bak kata orang memang padu! Jom kita tengok gambar-gambar antara menu yang ada disini.

Ada bermacam lagi menu masakan yang disajikan, ini antara beberapa menu saja yang kami paparkan, anda boleh terus ke restoran ini untuk merasai sendiri. Sebelum terlupa ini alamatnya : Illa dataran cafe corner changlun, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah. Atau boleh call 019-473 7917 untuk sebarang pertanyaan. Waktu mula beroperasi pula pukul 6.00 petang hingga 12.00 malam. Jom rasai sendiri masakan dengan menu hebat harga berbaloi-baloi.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ILLA-Dataran-Cafe-Corner-IDCC-1895477110708220/

3. KAYU KITCHEN

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Changlun. Ramai yang cakap dapur rumah mereka dah tak berasap gara-gara restoran ni, Mana taknya, nak berasap macam mana kan sebab asyik makan di Kayu Kitchen sebab sedap. Bukan tu saja kat sini tempatnya menarik dengan suasana kampung yang tenang jauh dari pekan,hiasan kedai ini kreatif kerana diperbuat dari kayu dan bata merah. Ramai yang review kat sini memang best, selain makan sini juga ada kemudahan seperti surau, tandas, beauty SPA dan barbershop. Menarik bukan?

Harga makanannya pula sangat berbaloi dan murah. Selain masakan ala barat, disini anda juga boleh mencuba menu masakan lain seperti nasi daging lembu, kambing dan rusa. Apa yang uniknya, Kat restoran Kayu Kitchen ini, air minuman dia buih setambun sampai tutup gelas, air anzalna. Jom tengok gambar-gambar masakan yang disajikan di Kayu Kitchen.

Restoran Kayu Kitchen ini terletak di Jalan sintok lama, batu 13 kg. rawa Changlun, Kedah darul aman. Kalau nak senang waze atau google map ja terus sampai. Kayu kitchen mula beroperasi pada jam 5 petang hingga 1 pagi dan cuti pada hari rabu. Untuk buat tempahan meja dan makanan whatsapp/call 0125805423. Teliur wey tengok menu mereka, Apalagi bawak adik beradik atau kawan-kawan pakat mai terjah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pagekayukitchen/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Changlun ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Lepas baca jangan lupa untuk kongsi artikel ni pada semua ye.

Share.

Leave A Reply