13 Tempat Makan Best Western Di Hulu Langat, Selangor | Khalifah Media Networks – Lapar? tapi dalam masa yang sama anda sedang berada di tempat lain sama ada bercuti mahupun atas sesuatu urusan. Kebiasaannya apabila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Pernahkan terfikir?

Ok, jangan risau di sini kami bantu anda dengan memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap boleh anda kunjungi jika berada di Hulu Langat, Selangor. Kalau dekat dengan tempat penginapan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh, mari kita jamu mata dan buka selera anda dengan 13 pilihan tempat makan best di Hulu Langat ni yang boleh anda rasai sendiri. Berikut adalah beberapa tempat yang dicadangkan:

1. D BROTHER KITCHEN

Kalau tanya orang sekitar Hulu Langat, Selangor ni, Restoran D Brother Kitchen di Hulu Langat ni bukan lah suatu yang asing lagi bagi mereka. Nak pula penggemar western, tempat ini juga popular dengan menu masakan Western Food yang perghhh pasti mengiurkan sesiapa yang merasa. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran D Brother Kitchen ni.

Jika anda bercadang nak datang ke Restoran D Brother Kitchen ni terletak di alamat : Pekan batu 14, 43100 Hulu Langat, Selangor (belakang masjid pekan batu 14, hulu langat. Brsebelahan dengan kedai mamak habib bistro). Atau boleh juga hubungi 010-246 1763 @ 016-622 3280 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dbrotherkitchen/

2. RESTORAN LONTONGKING

Bagi yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera kat restoran ni di Hulu Langat. Ruang restoran indah dihiasi dengan hiasan yang sesuai dan selesa pasti sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Lontongking bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Lontongking ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Lontongking terletak di Hulu Langat, Selangor ini.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Lontongking ni : No.4, Jalan Seri Nanding(Belakang Petronas), 43100 Hulu Langat, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 017-324 1692 untuk sebarang pertanyaan atau urusan tempahan makanan. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda berkunjung ke sini sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan nanti. InshaAllah pasti sedap dan berbaloi untuk selera anda semua.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/RestoranLontongkingHuluLangat/

3. D’PERKASA FOOD

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western yang best di Hulu Langat, Selangor. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa kata anda cuba pula masakan di kedai D’Perkasa Food ini pula, ramai cakap sedap dan harga berbaloi. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah ke D’Perkasa Food yang terletak di Hulu Langat ni nanti.

Ramai warga Hulu Langat, Selangor yang memberi review bahawa kedai D’Perkasa Food ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : Medan Selera d’Perkasa, Taman Perkasa, 43100 Hulu Langat, Selangor. Nak mudah waze – D’Perkasa Food. Boleh call 018-766 7730 @ 012-240 5279 untuk sebarang pertanyaan serta untuk membuat tempahan. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila berada di Hulu Langat, Selangor. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di D’Perkasa Food ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DPerkasa.Delivery/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan  Hulu Langat  ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply