3 Tempat Makan Best Western Di Ipoh, Perak

| June 21, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Ipoh, Perak | Khalifah Media Networks – Tahukah anda di Ipoh terdapat banyak sangat kafe yang menarik dan hipster untuk anda kunjungi? Haaa korang tak tahu kan? Siapa cakap bandar seperti Ipoh tak urban? Kadang-kadang nak cari Port makan stail dan sedap ni boleh memeningkan kepala jugak kan? Kali ini, kami ingin bantu anda untuk pilih tempat makan best di Ipoh, Perak.

Disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Ipoh, Perak. Mana tahu jika anda bercuti diipoh atau tinggal berdekatan apa salahnya untuk mencuba. Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Ipoh, Perak ini.

1. THUMB’S CAFE

Haa ini satu lagi kafe yang ala-ala ‘village style’. Anda lihatlah sendiri macam mana kafe ni nampak dari luar. Nampak macam warung biasa kan? Padahal sebenarnya kedai yang nampak macam warung tu sebenarnya kafe hipster. Bagi yang nak rasa kelainan sikit bolehlah berkunjung ke kafe ni. Terbaik!

Menawarkan pelbagai menu western yang menarik dengan harga yang tak terlalu mahal, apa yang penting mesti sedap dan puas hati. Jika anda nak rasai suasana ala kampung tapi hipster boleh singgah sini. Jom tengok beberapa gambar menu yang terdapat disini.

Menarik juga sajian mereka kan? Ini maklumat yang anda perlu tahu jika berhajat untuk singgah ke restoran ini.

Alamat : 133, Jalan Sultan Abdul Jalil (Greentown), 30450 Ipoh, Perak. (boleh waze atau google maps)

Waktu Operasi : 6:00 PM – 1:00 AM (Dibuka setiap hari kecuali hari selasa cuti)

Nombor telefon : 019 776 0618

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/thumbscafe/

2. MISSING MARBLES

Salah satu perkara yang amat menarik perhatian kami tentang kafe ni adalah cara mereka mendekorasikan kedai ni. Memang sangat unik! Tempatnya cantik dan kami pasti kalau anda datang ke sini mesti anda akan lepak sampai beberapa jam sebab suasana kedai yang chill sambil borak dengan member. Memang layan habis!

Kafe ini masih menggunakan papan tanda kuning lama “Star Optical House”. Papan tanda yang lebih kecil daripada “Missing Marbles” mungkin memberi anda sedikit petunjuk tentang tema kafe itu. Hiasan dengan meja seakan meja sekolah, hiasan dinding, ada juga hiasan permainan kanak-kanak dalam keadaan rawak yang dipaparkan di sekitar, hopscotch di koridor, Restoran ini seperti sebuah taman permainan lama. Hidangan disajikan pun memang puas hati, jom tengok beberapa gambar hidangan disini.

Jika berhajat untuk singgah, ini sedikit maklumat berkenaan restoran untuk pengetahuan anda.

Alamat: 99 Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: 8.30 am-8.30 pm (Tutup pada setiap hari Selasa)

No. Telefon: +6 05 242 6188

3. MAT PERIUK CAFE

Ni satu lagi kedai western yang best di Ipoh, Perak yang anda kena  cuba. Ada pelbagai menu western dan masakan lain yang disediakan. Ada masakan bergoreng, grill, pasta, sizzling dan banyak lagi. Pilih saja yang mana kena dengan selera anda. Apa yang menarik juga disini ada busking tau. Sambil makan tu boleh layan busking.

Harga setiap hidangan anda jangan risau, memang berpatutan dengan portion yang dihidangkan. Sebagai preview jom tengok beberapa gambar menu menarik di Mat Periuk Cafe.

Jika berhajat nak singgah ini info berkenaan restoran Mat Periuk Cafe :

Alamat : Lot 22241, No.40 Hala Tasek Timur 11, Kampung Tersusun Tasek, 31400 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi : 4:30 PM – 12:00 AM (buka setiap hari kecuali hari rabu cuti)

No. telefon : 017-572 5579

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Mat-Periuk-Cafe-544029379049962/

Dah habis baca jangan lupa kongsikan pada yang lain juga ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *