3 Tempat Makan Best Western Di Keningau, Sabah

| January 7, 2019 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Keningau, Sabah | Khalifah Media Networks – Tercari-cari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Keningau, Sabah. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Keningau.

1. PAPRIKA CAFE

Paprika Café ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Keningau, Sabah. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di Paprika Café ni.

 

 

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Paprika Cafe di Keningau, Sabah ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Lot D11, The One Plaza, Sabah, 89008 Keningau, Sabah. Nak mudah Waze: Paprika Café. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 019-851 8901. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 7.00 am hingga 7.00 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Paprika-Caf%C3%A9-1233209986738974/

2. 1238 STREET CAFE

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Kedai 1238 Street Cafe ni kan.

Kedai 1238 Street Cafe ni terletak di alamat : Keningau mall lot 3-09, 89009 Keningau, Sabah. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 087-336 672. Dibuka mulai pukul 8.00 am – 8.00 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/1238streetcafe/

3. KENINGAU BURGER BAKAR

Restoran Keningauburgerbakar pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Restoran Keningauburgerbakar ini terletak di lokasi perniagaan : Lot 5 Block A, Ground Floor Datun Commercial Complex Jalan Masak, 89009 Keningau, Sabah. Boleh juga hubungi 019-560 0909 untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan. Beroperasi bermula pukul 11.00am – 11.00pm. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Keningauburgerbakar/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel 3 Tempat Makan Best Western Di Keningau, Sabah ini pada yang lain sama ye!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *