3 Tempat Makan Best Western Di Kerteh, Terengganu

| September 3, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kerteh, Terengganu | Khalifah Media Networks – Jom tukar angin nak makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Kerteh, Terengganu. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Kerteh ni.

1. CAFILA CAFE

Anda dah pernah rasa masakan di restoran Cafila Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran Cafila Cafe ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran Cafila Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : Bandar Baru Kertih, 24300 Kertih, Terengganu. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Cafila Cafe. Boleh hubungi 019-913 4477 untuk pertanyaan atau tempahan. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/Cafila-Cafe-Kerteh-ArabThaiIndon-Cuisine-357951254219602/

2. WOK N GRILL CAFE

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Wok n Grill Cafe ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Wok n Grill Cafe ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu seafood yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di Wok n Grill Cafe ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Wok n Grill Cafe ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : No.53 Bandar Baru Kerteh, 24300 Kertih, Terengganu, atau boleh guna waze taip jer nama Wok n Grill Cafe nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 012-697 5380 @ 012-697 5381. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/wokngrillcafe/

3. SINGGAH KITCHEN

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Kerteh. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Singgah Kitchen. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Singgah Kitchen ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Kampung Telaga Papan Kerteh, 24300 Kerteh, Terengganu. Atau boleh juga hubungi nombor 019-947 1996 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/pages/Singgah-Kitchen/1647129745551289

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *