13 Tempat Makan Best Western Di Klang, Selangor | Khalifah Media Networks – Di Selangor, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?

Disini kami memberikan 13 pilihan tempat makan best western yang sedap di Klang, Selangor. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 13 tempat makan best di Klang ni.

1. OLD HALF CAFE

Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah memang terkenal dengan masakan yang sedap. Ini dia Restoran Old Half Cafe yang tetiba meletop di Klang. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Disini boleh kata semuanya masakan barat dan tempatan disediakan untuk para pelanggan.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu bolehlah ke sini. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.

Keseluruhan masakan di sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran Old Half Cafe ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : 18 Jln seri sarawak 20B taman sri andalas klang, 41200 Klang, Selangor. Boleh waze atau google restoran Old Half Cafe. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 017-656 0246. Restoran ini dibuka pada pukul 4.00 am hingga 12.00 am dan kedai cuti setiap hari Selasa. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Old-half-cafe-909658782447789/

2. STREET CHEF

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana selesa boleh lah berkunjung jamu selera di Street Chef. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera. Ada pelbagai masakan ala barat disediakan untuk pilihan anda.

Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja Street Chef ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di Street Chef.

Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapat lah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi Street Chef ini di mana. Ini alamatnya : No 11 , Gerai Makan Sobena Jaya, Jalan Banting, 42000 Klang, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan boleh call 017-685 1243.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/StreetChefRest/

3. IZE IKAN BAKAR PORTUGIS

Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western dan masakan tempatan yang best di Klang. Dah bosan dengan chicken chop atau lamb chop biasa, apa kata datang try western yang sedap di restoran Ize Ikan Bakar Portugis pula.

Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di Ize Ikan Bakar Portugis ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.

Ramai warga Klang yang memberi review bahawa Ize Ikan Bakar Portugis ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : No. 309 ground level, Jalan Teluk Gadong/KSI Off Persiaran Raja Muda Musa, 42100 Klang, Selangor. Kalau sesat boleh call 012-410 5982. Dibuka bermula pukul 12.30 pm – 10.30 pm. Jom pakat terjah ramai-ramai.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/izeikanbakarportugis/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Klang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!

Share.

Leave A Reply