3 Tempat Makan Best Western Di Klebang, Melaka

| October 3, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Klebang, Melaka | Khalifah Media Networks – Perut dah mula lapar, kebiasaannya bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Klebang, Melaka. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Klebang. ni.

1. MIX & GRILL CAFE

Kalau tanya orang sekitar, Restoran Mix & Grill Cafe di Klebang ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Mix & Grill Cafe ni.

Restoran Mix & Grill Cafe ni terletak di alamat : No 55 Jalan KU 2 Taman Klebang Utama, 75200 Klebang Besar, Melaka. Restoran Mix & Grill Cafe ni dibuka pada pukul 6.00 pm hingga 1.00 am. Boleh hubungi 016-705 1581 untuk pertanyaan atau tempahan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/mixandgrilled/

2. D LAMAN SELERA

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera di D Laman Selera Klebang. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran D Laman Selera bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran D Laman Selera ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran D Laman Selera.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran D Laman Selera ni : Taman Klebang Jaya, 75200 Klebang, Melaka. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/D-Laman-Selera-Klebang/2044503599101741

3. LABU LABI CAFE

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Klebang. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Labu Labi Cafe. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Labu Labi Cafe.

Ramai warga Klebang yang memberi review bahawa Labu Labi Cafe ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : No 27 , jalan kristal merah 2 , Taman Limbongan, 75200 Melaka. Boleh call 013-932 6250 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 6.00am hingga 12.00am. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Klebang. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran Labu Labi Cafe ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Labu-Labi-Cafe-540817136094627/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *