3 Tempat Makan Best Western Di Kluang, Johor

| October 14, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kluang, Johor | Khalifah Media Networks – Seandainya anda membuat perancangan untuk bercuti ke negeri Johor, atau ada urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Johor ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Kluang, Johor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Kluang ni.

1. KLUANG WESTERN CAFE

Rasanya jika kita tanya orang Kluang, rata-rata sudah mengenali Kluang Western Cafe. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat dan aneka burger yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Kluang Western Cafe dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Kluang Western Cafe menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : No.171 Jalan 1, taman sri kluang, 86000 Kluang, Johor. Atau Waze : Kluang Western Cafe. Kalau sesat boleh call 013-751 6547. Restoran Kluang Western Cafe ini mula beroperasi setiap pukul 11.00 PM dan tutup pukul 11.00 PM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kluangwesterncafe/

2. GROBOK RABAK CAFE

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Grobok Rabak Cafe adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Grobok Rabak Cafe bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba masakan lain yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Grobok Rabak Cafe ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No 14A, Tingkat 1, Jalan Mata Kucing, 86000 Kluang, Johor. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 6:00 PM – 12:00 AM dan cuti pada hari isnin. Boleh juga telefon 016-780 0812 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/GRcafedistro/

3. CHEESEU BISTRO

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Kluang. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Cheeseu Bistro ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: 36A & 38A Jalan Manggis, 86000 Kluang, Johor. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 016-520 6693. Buka bermula pukul 8.00 am hingga 12.00 am. Jom bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan di Cheeseu Bistro.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Cheeseu-Bistro-Dessert-Bar-1408593579352243/

Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *