3 Tempat Makan Best Western Di Kok Lanas, Kelantan

| August 14, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kok Lanas, Kelantan | Khalifah Media Networks – Andai berkunjung ke negeri Kelantan, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Kelantan ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Kok Lanas, Kelantan. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Kok Lanas ni.

1. BIG TAS’TEA

Rasanya jika kita tanya orang Kok Lanas, rata-rata sudah mengenali restoran BIG Tas’Tea. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran BIG Tas’Tea dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran BIG Tas’Tea menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Lot 12963-1-17, Tingkat1, Rushdan Avenue, Kompleks Perniagaan Saidina Ali, 16450 Kok Lanas, Kelantan. Kalau sesat boleh call 09-788 6668. Restoran BIG Tas’Tea ini mula beroperasi setiap pukul 12.00 PM dan tutup pukul 11.30 PM.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/kedaikopiesantai/

2. NELLY CAFE

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Nelly Cafe adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Nelly Cafe bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran Nelly Cafe ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Nelly Cafe ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Lot 3126 F&G Jalan Kuala Krai Kok Lanas, 16450 Kok Lanas, Kelantan. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 3:00 PM – 1:00 AM. Boleh juga telefon 019-534 5484 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/WesternAndCake/

3. CAFE JOM LEPAK

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Kok Lanas. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Cafe Jom Lepak ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di Cafe Jom Lepak. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Lot 480 Kampung Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan (Bersebelahan sekolah rendah kok lanas). Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – Cafe Jom Lepak. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-358 6684. Buka bermula pukul 6.00 pm hingga 3.00 am setiap hari beroperasi. Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan  untuk mencuba makanan di restoran ini. InshaAllah puas hati.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/Cafejomlepak/

Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *