3 Tempat Makan Best Western Di Kota Damansara, Selangor

| December 24, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kota Damansara, Selangor | Khalifah Media Networks – Anda yang tinggal area Kota Damansara tu, Jom tukar citarasa makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Kota Damansara, Selangor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Kota Damansara ni.

1. SORU STATION

Anda dah pernah rasa masakan di Soru Station ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Soru Station ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di Soru Station ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : 40-G, THE STRAND, Jalan PJU 5/20B, 56100 Kota Damansara, Selangor. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Soru Station. Boleh hubungi 017-408 2908 untuk pertanyaan atau tempahan. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/sorustation/

2. HAN’S GOURMET GRILL

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western area Kota Damansara, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Han’s Gourmet Grill ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja restoran Han’s Gourmet Grill ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu seafood yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di restoran Han’s Gourmet Grill ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di restoran Han’s Gourmet Grill ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Jalan teknologi 2/1d, Petaling Jaya, Selangor, atau boleh guna waze taip jer nama restoran Han’s Gourmet Grill nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 019-728 2454. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/hansgourmetgrill/

3. MAKAN HERITAGE

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Kota Damansara, Selangor. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Makan Heritage. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Makan Heritage ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : 17 G, Jalan Camar 4/5A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Atau boleh juga hubungi nombor 03-6143 7926 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke Makan Heritage ni.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/makanheritage/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *