3 Tempat Makan Best Western Di Kota Kinabalu, Sabah

| January 8, 2019 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kota Kinabalu, Sabah | Khalifah Media Networks – Selain Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu juga sangat terkenal dengan tempat makan best dan sedap.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Kota Kinabalu, Sabah. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Kota Kinabalu ni.

1. GRILL PATIO

Kalau tanya orang sekitar, Restoran Grill Patio di Kota Kinabalu ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Grill Patio ni.

Restoran Grill Patio ni terletak di alamat : Kota Kinabalu Bandaran Berjaya (berdekatan 7E), 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Jika nak mudah waze saja – Grill Patio. Boleh juga hubungi 016-880 2909 untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan. Restoran Grill Patio ni dibuka pada pukul 5.00 pm hingga 12.00 am. Jadi tunggu apa lagi, jom ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/grillpatio/

2. OHSOM CAFE

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera di Ohsom Cafe. Ruang restoran ini indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Ohsom Cafe bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Ohsom Cafe ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Ohsom Cafe.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Ohsom Cafe ni : Block H, Ground Floor, Lot 10, Sadong Jaya Complex, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 017-815 7477.

Restoran western Ohsom Cafe ni bukak seawal 10.00am ~ 10.00pm. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ohsomcafe/

3. UNCLE JOE’S STREET BURGER

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Kota Kinabalu, Sabah. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Uncle Joe’s Street Burger. Boleh tengok gambar-gambar di bawah bukan saja burger tapi ada juga menu lain. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Uncle Joe’s Street Burger.

Ramai warga Kota Kinabalu yang memberi review bahawa Uncle Joe’s Street Burger ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : Lot 6 Ground Floor Block D Sinsuran Shopping Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Boleh call 014-956 3837 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 5.00pm hingga 12.00am. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Kota Kinabalu. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran Uncle Joe’s Street Burger ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/unclejoeburger/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *