3 Tempat Makan Best Western Di Kuala Kangsar, Perak

| June 18, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kuala Kangsar, Perak | Khalifah Medai Networks – Teringin untuk menikmati makanan yang lain dari kebiasaan di kawasan Kuala Kangsar, Perak? Tapi tak tahu kat mana nak cari dan mesti nak tempat yang best kan?

Kepada pecinta makanan western sekitar Kuala Kangsar,Perak. Ada berita baik buat anda semua. Disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Kuala Kangsar. Kalau dekat dengan anda, rasanya tak salah jika anda mencubanya kan? Jom kita ketahui lebih lanjut dengan 3 tempat makan best di Kuala Kangsar ni.

1. RAMBAI CLASSIC CAFE

Jika bertanya orang Kuala Kangsar, Restoran Rambai Classic Cafe ini memang dikenali ramai. Ada bermacam jenis masakan disediakan disini untuk para pelanggan menjamu selera. Jika Anda penggemar western food, Teringin nak makan Chicken Chop portion besar? Anda boleh dapat 2-3 big slices chicken dalam one plate dengan harga hanya RM7.90 sahaja. Murah kan?

Dengar cerita, kesedapan Chicken Chop disini kalau lambat order, Chicken Chop pukul 9.00 malam dah habis! Jadi kepada warga sekitar Kuala Kangsar, Anda kena datang cepat untuk merasai sendiri resepi masakan mereka. Untuk mengelak dari tunggu lama atau makanan lambat seeloknya telefon untuk booking dulu. Jom kita jamu mata dengan beberapa gambar menu menarik yang ada disini.

Warga Kuala Kangsar wajib datang ke Restoran Rambai Classic, semua jenis makanan ada! Untuk sarapan pagi restoran ini menyediakan masakan panas seperti Nasi goreng, Nasi lemak,mee,bihun,koetiaw sup daging,mee kari. Ada juga breakfast western, local food dan aneka sup.

Waktu beroperasi bermula dari jam 5.00 petang hingga 12.30 malam dan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad cuti. Restoran ini terletak di alamat : Jalan nak ke Kolej Komuniti, Chenderoh. Masuk simpang ke kiri bila nampak BHP. Nak senang google maps atau waze Rambai Classic Cafe. Kalau tak jumpa jugak boleh call 016 4178184 / 019 4971101 untuk sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/rambaiclassic.rambaiclassic?fref=nf

2. BAITUL QAHWAH CAFE

Ni juga antara restoran hipster yang menjadi tarikan orang ramai. Restoran Baitul Qahwah Cafe ini memang tempat makan yang santai sambil makan boleh menikmati panorama Sungai Perak. Restoran ini terletak ditepi sungai Perak. Ada bermacam menu menarik yang disediakan sesuai selera anda.

Antara menu menarik yang menjadi pilihan para pelanggan antaranya adalah green nasi lemak, chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi. Harga setiap hidangan pula berbaloi yang penting sedap dan best. Sebagai preview kalau-kalau anda nak singgah, ini beberapa gambar menu yang disajikan disini, bolehlah lihat dahulu.

Restoran Baitul Qahwah ini terletak dilokasi : dekat dataran bawah lembah, berdekatan jeti sungai perak, Kuala Kangsar, Perak. Kalau nak senang search dalam Maps terus jumpa. Waktu beroperasi pula pada pukul 5.00 petang hingga 12.00 malam. Dibuka setiap hari kecuali isnin cuti. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon 016 4435845. Apa tunggu lagi, jom singgah jamu selera sambil kena angin santai sungai Perak.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Baitul-Qahwah-Coffee-Story-232771103438586/

3. OHSEM CAFE

Jika anda mencari tempat untuk membuat sesuatu majlis atau reunion, Ohsem Cafe memang pilihan yang tepat. Disini selain dari menyediakan makanan untuk para pelanggan, turut menyediakan perkhidmatan untuk membuat majlis atau event dengan servis bertaraf 5 bintang pada harga yang berpatutan. Jika anda mencari tempat untuk Hi-tea, Dinner untuk Jamuan Akhir Tahun Sekolah, Farewell, Majlis persaraan, Rombongan dan sebagainya, rasanya Ohsem Cafe pilihan terbaik untuk anda.

Ada bermacam menu hidangan yang disediakan disini. Kalau anda memang penggemar western food, kat sini memang hidangan western terbaik. Tak caya? jom cuci mata tengok antara menu menarik ada disediakan kat restoran ini.

Tengok pun dah mengiurkan, ramai review cakap kat sini memang best dan puas hati dengan masakan yang disajikan. Harga memang berpatutan janji sedap kan? Kalau anda berhajat nak singgah bolehlah ikut alamat ini : Ohsem Cafe, Taman Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Nak mudah guna maps atau waze. Waktu restoran beroperasi pada jam  12.00 tegahari – 1.00 pagi. Sebarang pertanyaan atau booking boleh call 019 4755830.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ohsemcafe/

Jom kongsikan artikel ini pada teman-teman yang lain, semoga bermanfaat.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *