3 Tempat Makan Best Western Di Kubang Kerian, Kelantan

| August 6, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kubang Kerian, Kelantan | Khalifah Media Networks – Jika tiba disesuatu tempat yang baru kita kunjungi, salah satu perkara penting yang selalu kita fikirkan adalah dimana tempat untuk makan. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang best dan sedap.

Usah runsing, disini kami memberi 3 pilihan tempat makan best western yang tiptop di Kubang Kerian, Kelantan. Apa salahnya mencuba jika sudah berdekatan dengan tempat anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Kubang Kerian ini.

1. ISKA COFFEE HOUSE

Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat namun ada juga masakan tempatan yang sedap. Datanglah ke Iska Coffee House kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food, aneka minuman kopi dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti. Ayuh cuci mata dengan aneka sajian barat dibawah ini.

Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran Iska Coffee House ini, boleh ikuti alamat : S/54, lot 1645 jalan pasir puteh, kubang kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Nombor Telefon: 011-2866 1893. Waktu Operasi bermula pukul 4.00 pm – 12.30 am.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/iskacoffeehouse/

2. DULANGS CAFE

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Kubang Kerian ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Dulangs Cafe. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba masakan ala barat yang disediakan. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Dulangs Cafe ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat serta masakan tempatan.

Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran Dulangs Cafe ini. Anda pasti kecur liur melihat.

Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : No. 1662 c Kampung Guchil bayam, 15200 Kubang Kerian, Kelantan. Kalau nak senang waze atau google maps. Atau boleh call nombor telefon: 013-200 1594. Waktu Operasi: 3:30 PM – 1:30 AM dibuka setiap hari.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dulang.cafe/

3. ABBY CORNER

Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke cafe hipster ini. Abby Corner menyediakan pelbagai makanan barat untuk disajikan. Peminat makanan ber-grill, spaghetti dan makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Cafe ini memang cantik dihiasi dengan gaya kreatif minimalis terasa selesa untuk jamu selera. Memang recikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.

Ini lokasi restoran Abby Corner untuk maklumat anda : Boleh waze atau google maps Abby Corner. Boleh juga hubungi nombor ini 0179044071 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jika berhajat untuk membawa ahli keluarga ke sini nanti bolehlah membuat perancangan awal kan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/abby.corner.50

Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga..

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *