3 Tempat Makan Best Western Di Kulai, Johor

| October 16, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Kulai, Johor | Khalifah Media Networks – Teringin untuk menikmati makanan yang lain dari kebiasaan di kawasan Kulai, Johor? Tapi tak tahu kat mana nak cari dan mesti nak tempat yang best kan?

Kepada peminat makanan western sekitar Kulai, Johor. Ada berita baik buat anda semua. Disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Kulai. Kalau dekat dengan anda, rasanya tak salah jika anda mencubanya kan? Jom kita ketahui lebih lanjut dengan 3 tempat makan best di Kulai ni.

1. MAJOR STREET CAFE

Jika bertanya orang Kulai, Restoran Major Street Cafe ini memang dikenali ramai. Ada bermacam jenis masakan disediakan disini untuk para pelanggan menjamu selera. Jika Anda penggemar western food, Teringin nak makan Chicken Chop yang sedap? Ini pilihan buat anda pasti kenyangg tersandarr.

Dengar cerita, kesedapan Chicken Chop disini kalau lambat order, Chicken Chop memang cepat habis! Jadi kepada warga sekitar Kulai, Anda kena datang cepat untuk merasai sendiri resepi masakan mereka. Untuk mengelak dari tunggu lama atau makanan lambat seeloknya telefon untuk booking dulu. Jom kita jamu mata dengan beberapa gambar menu menarik yang ada disini.

Warga Kulai wajib datang ke Restoran Major Street Cafe, semua jenis makanan ada! Waktu beroperasi bermula dari jam 12:00 PM – 2:00 AM. Restoran ini terletak di alamat : No 88, Jalan Kenanga 29/7, Taman Indahpura, 81000 Kulai, Johor. Nak senang google maps atau waze Major Street Cafe. Kalau tak jumpa jugak boleh call 011-3662 2674 untuk sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/majorstreetcafe/

2. D’ ANJUNGRIMBA

Ni juga antara restoran yang menjadi tarikan orang ramai. Restoran D’ AnjungRimba ini memang tempat makan yang santai. Ada bermacam menu menarik yang disediakan sesuai selera anda. Memang sesuai bawa seisi keluarga. Makanan lain pun ada seperti chicken chop,lamb chop pun ada. Tekak melayu nak makan nasi la, eh nasi pun ada.

Antara menu menarik yang menjadi pilihan para pelanggan antaranya adalah chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi. Harga setiap hidangan pula berbaloi yang penting sedap dan best. Sebagai preview kalau-kalau anda nak singgah, ini beberapa gambar menu yang disajikan disini, bolehlah lihat dahulu.

Restoran D’ AnjungRimba ini terletak dilokasi : Jalan Kampung Melayu Raya, 85000 Segamat, Johor. Kalau nak senang search D’ AnjungRimba dalam Maps terus jumpa. Waktu beroperasi pula pada pukul 6.30pm -12.00am buka setiap hari kecuali hari khamis cuti. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon 017-606 0952. Apa tunggu lagi, jom singgah jamu selera.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/RNRcafe/

3. STREET CREW

Jika anda mencari tempat untuk makan western yang lain dari lain, Restoran Street Crew ini memang pilihan yang tepat. Disini selain dari menyediakan makanan yang sedap, harga setiap hidangan yang berpatutan.

Ada bermacam menu hidangan yang disediakan disini. Kalau anda memang penggemar western food, kat sini memang hidangan western terbaik. Tak caya? jom cuci mata tengok antara menu menarik ada disediakan kat restoran Street Crew ini.

Tengok pun dah mengiurkan, ramai review cakap kat sini memang best dan puas hati dengan masakan yang disajikan. Harga memang berpatutan janji sedap kan? Kalau anda berhajat nak singgah bolehlah ikut alamat ini : No 5832, Jalan Siantan 3, 81000 Kulai, Johor (Berdekatan Flat Temenggong). Nak mudah guna maps atau waze cari Street Crew. Restoran beroperasi setiap hari bermula jam 5 petang hingga 12 pagi. Sebarang pertanyaan atau booking boleh call 012-7613159 @ 019-2755973.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/streetcrewkulai/

Jom kongsikan artikel ini pada teman-teman yang lain, semoga bermanfaat.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *