3 Tempat Makan Best Western Di Labis, Johor

| October 10, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Labis, Johor | Khalifah Media Networks – Tiba waktu cuti atau tidak, jika anda membuat perancangan untuk bercuti ke negeri Johor, atau ada urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Johor ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Labis, Johor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Labis ni.

1. LAGENDA PALLET

Rasanya jika kita tanya orang Labis, rata-rata sudah mengenali Lagenda Pallet. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat dan aneka burger yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Lagenda Pallet dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

 

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Lagenda Pallet menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Taman Lagenda, 85300 Labis, Johor. Atau Waze : Lagenda Pallet. Kalau sesat boleh call 0113-208 2534 @ 013-707 4704. Restoran Lagenda Pallet ini mula beroperasi setiap pukul 3.00 PM dan tutup pukul 11.00 PM, setiap hari dibuka kecuali hari Jumaat sahaja tutup.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Lagenda-Pallet-1534691573224245/

2. DAPO BUBU

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Dapo Bubu adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Dapo Bubu bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba masakan lain yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Dapo Bubu ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No. 63, Taman Orkid Baru, Jalan Segamat, 85300 Labis, Johor. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 12:30 PM – 11:00 PM. Boleh juga telefon 011-1010 0142 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dapobubu/

3. MY IBU KITCHEN

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Labis. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di My Ibu Kitchen ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: No.21 , Jalan Kemuning, Taman Wira, 85300 Labis, Johor. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 012-757 2587. Jom bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan di My Ibu Kitchen.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/My-Ibu-Kitchen-155973261770187/

Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *