3 Tempat Makan Best Western Di Machang, Kelantan

| August 16, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Machang, Kelantan | Khalifah Media Networks – Memang menjadi lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, bila perut mula lapar, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Machang, Kelantan. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Machang ni.

1. K6 CORNER

Kalau tanya orang Machang, Restoran K6 Corner & Katering di Machang ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan Melayu, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran K6 Corner ni.

Restoran K6 Corner ni terletak di alamat : Batu 23 Labok, 18500 Machang, Kelantan. Kalau sesat boleh terus call no ni 018-9814140. Restoran K6 Corner ni dibuka pada pukul 3.00 pm hingga 3.00 am.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/K6-cornerkatering-691630700957954/

2.  MAT BULAT MEATBALL

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana hiasan ala hipster boleh la singgah jamu selera di Mat Bulat Meatball. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Mat Bulat Meatballbukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Mat Bulat Meatball ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah Meatball memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar Meatball di Mat Bulat Meatball.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Mat Bulat Meatball ni : Cafe 48 (Sebelah SMO Machang), Bgn PKINK, Jalan lama Pasir Puteh, 18500 Machang, Kelantan. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 019-233 6964.

Restoran western ni bukak seawal 10.00 pagi – 5.00 petang. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/MeatballMachang/

3. CHICKEN CHOP BATMAN

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Machang. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Chicken Chop Batman. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Chicken Chop Batman.

Ramai warga Machang yang memberi review bahawa Chicken Chop Batman ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : Batu 31, jalan kuala krai, 18500 Machang, Kelantan. Boleh call 011-2548 5107 untuk sebarang pertanyaan. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Machang. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/quenniey90/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *