3 Tempat Makan Best Western Di Mersing, Johor

| October 15, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Mersing, Johor | Khalifah Media Networks – Pernah alami tak pengalaman dimana anda sudah sampai disesuatu tempat yang dikunjungi atau mahu bercuti, perkara penting difikirkan adalah dimana tempat menjamu selera. Sudah semestinya kita mahukan tempat makan yang sedap dan selesa untuk makan kan?

Jangan runsing, disini ada 3 pilihan kami cadangkan pada anda tempat makan best western yang boleh tahan sedap di Mersing, Johor. Apalah salahnya andai mencubanya jika sudah berdekatan dengan tempat penginapan anda kan? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Mersing ini.

1. BAEK CAFE & BISTRO

Rasa bosan dengan makanan melayu? Sekali sekala jika ke Mersing, Johor, apa salahnya cuba makan makanan berkonsepkan barat yang sedap. Datanglah ke Baek Cafe & Bistro kerana di sana terdapat masakan ala barat yang boleh anda nikmati. Antaranya ialah aneka western food dan banyak lagi. Anda akan rasa berbaloi makan di restoran ini kerana harganya yang setanding dengan rasanya.

Jom lihat beberapa gambar menu yang dihindangkan, mana tahu anda terasa nak mencubanya nanti. Ayuh cuci mata dengan aneka sajian barat dibawah ini.

Ada bermacam lagi menu hebat yang disediakan. Jika anda rasa teringin untuk berkunjung ke restoran Baek Cafe & Bistro ini, boleh ikuti alamat : Lot 408 Jalan Tengah Kampung Benaung, 86800 Mersing, Johor. Nak mudah boleh waze – Baek Cafe & Bistro. Nombor Telefon: 013-774 8004 untuk memudahkan anda membuat sebarang pertanyaan atau tempahan. Waktu Operasi bermula pukul 6.00 pm – 12.00 am dibuka setiap Isnin hingga Sabtu. So, boleh rancang perjalanan anda nanti untuk kesini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/baekcafebistro/

2. CALYPSO CAFE

Teringin hendak makan makanan barat? Tercari-cari restoran makanan barat di area Mersing, Johor ini? Saya cadangkan anda untuk pergi ke Calypso Cafe ni. Bila anda makan di sini tidak rugi rasanya jika mencuba masakan ala barat yang disediakan. Menu lain juga tidak kurang hebatnya dengan sekali suapan sahaja sudah terasa sedapnya. Datanglah ke Calypso Cafe terletak di Mersing, Johor ini bagi memenuhi tekak anda yang inginkan makanan ala barat serta masakan tempatan.

Jom lihat gambar-gambar antara hidangan menarik yang ada di restoran Calypso Cafe ini. Anda pasti kecur liur melihat.

Rasanya bila lihat gambar ini pun dah tahu memang sedap kan? Kalau berhajat nak singgah ke, ini alamat yang perlu anda ikut : No.49, Jalan Ismail, 86800 Mersing, Johor. Kalau nak senang waze atau google maps – Calypso Cafe. Atau boleh call nombor telefon: 012-350 1436 untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Calypso-Cafe-1480142035538125/

3. MERS.CO GARAGE

Bagi yang mencari makanan barat, boleh lah ke restoran ini. Mers.Co Garage di Mersing ini menyediakan pelbagai makanan barat dan tempatan untuk disajikan. Peminat makanan barat yang lain, pastikan anda singgah makan di sini dalam suasana santai dan cozy. Restoran ini memang cantik dihiasi dengan gaya binaan memang terasa selesa untuk jamu selera. Memang merecikk habis. Jom cuci mata tengok beberapa gambar menu hebat lain yang mengiurkan.

Ini lokasi restoran Mers.Co Garage di Mersing untuk maklumat anda : Gerai No 1, Jalan Kobis, 86800 Mersing, Johor. Boleh waze atau google maps – Mers.Co Garage. Boleh juga hubungi nombor ini 011-1087 9300 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jika berhajat untuk membawa ahli keluarga ke sini nanti bolehlah membuat perancangan awal kan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/MersCo-Garage-233100880570291/

Jom kongsikan artikel ini pada yang lain juga.. Semoga bermanfaat.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *