3 Tempat Makan Best Western Di Miri, Sarawak

| December 27, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Miri, Sarawak | Khalifah Media Networks – Ramai tak tahu ada kat mana ‘port’ makan best dan sedap kat area Miri ni, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Miri, Sarawak. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Miri ni.

1. CHOOKS

Anda dah pernah rasa masakan di Chooks ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di Chooks ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ini alamatnya: Lot 1911, Ground Floor, Marina Square II, Marina Parkcity, 98000 Miri, Sarawak. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Chooks. Boleh hubungi 013-226 8688 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka dari jam 11.00 am sehingga 9.00 pm. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Chooks.Miri.Sarawak/

2. DON’S BURGER

Siapa sangka kat Miri ada makanan sedap hanya di Don’s Burger. Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di Don’s Burger ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Don’s Burger ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Don’s Burger ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Don’s Burger ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : lot 1989, jalan pujut 9b, pujut 9, 98000 Miri, Sarawak, atau boleh guna waze taip jer nama Waze: Don’s Burger nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 017-854 0254. Mula beroperasi seawal pukul 10.00 pm – 12.00 am. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/donsburgerpujut9/

3. THE CREW CAFE N LOUNGE

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Miri. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di restoran The CREW Cafe N Lounge. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti.

Dah try top menu mereka, Kalau belum try jom ajak mak ayah, adik kakak, kawan-kawan datang try, InshaAllah pasti tak menghampakan, dah la murah, berbaloi pulak tu, takkan hanya terliur tengok gambar, jom datang singgah.

Pelbagai menu tempatan dan western pilihan memikat dan memukau mata anda. Pasti rasa setanding dengan harga di tawarkan. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke restoran The CREW Cafe N Lounge ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Lot 3102 & Lot 3103, Desa Bahagia Shoplot, 98000 Miri, Sarawak. Boleh hubungi 014-968 6573 untuk pertanyaan atau tempahan. Beroperasi bermula jam 8:30am – 10:00pm. Rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke The CREW Cafe N Lounge ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TheCrewCafeNLounge/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *