3 Tempat Makan Best Western Di Paka, Terengganu

| August 30, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Paka, Terengganu | Khalifah Media Networks – Jom ubah angin merasa makanan di tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Paka, Terengganu. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Paka ni.

1. BROKY KITCHEN

Anda dah pernah rasa masakan di restoran BroKy Kitchen ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran BroKy Kitchen ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran BroKy Kitchen ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : Kampung Nyior, 23100 Paka, Terengganu (Berhadapan futsal/padang bola kg. nyior bersebelahan balai raya jkkk) atau nak mudah boleh buat carian di google maps – BroKy Kitchen. Boleh hubungi 014-534 7890 untuk pertanyaan. Waktu beroperasi pada jam 6.00pm – 12.00am, setiap hari buka kecuali hari sabtu cuti. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/brokykitchen/

2. GREEN CAFE

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Green Cafe ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Green Cafe ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu seafood yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di Green Cafe ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Green Cafe ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : 328 kampung cacar paka, 23100 Paka, Terengganu atau boleh guna waze taip jer nama Green Cafe nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 017-242 4200. Mula beroperasi pada pukul 4.30 pm – 12.00 am. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/GREEN-CAFE-175099386180811/

3. STOVE CAFE

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Paka. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di Stove Cafe. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke Stove Cafe ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : Lot 5511, Kampung Cacar, 23100 Paka, Terengganu. Atau boleh juga hubungi nombor 011-1795 4321 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan.  Beroperasi pada pukul 5.00pm – 12.00pm. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/StoveCafe/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *