3 Tempat Makan Best Western Di Pasir Puteh, Kelantan

| August 8, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Pasir Puteh, Kelantan | Khalifah Media Networks – Jika anda bercadang untuk ke negeri Kelantan, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Kelantan ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Pasir Puteh, Kelantan. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Pasir Puteh ni.

1. RESTORAN TRARASA

Rasanya jika kita tanya orang Pasir Puteh, rata-rata sudah mengenali Restoran Trarasa. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop/Grill dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Trarasa dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Trarasa menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : Depan Petronas Jalan Bypass Pasir Puteh, 16700 Pasir Puteh, Kelantan. Kalau sesat boleh call 010-8666822. Restoran Trarasa ini mula beroperasi setiap hari seawal pukul 5.00 PM dan tutup pukul 12.00 AM.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/trarasarestaurant/

2. BRO’S CAFE

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Bro’s Cafe adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Bro’s Cafe bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Bro’s Cafe ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : Lot 2637A Kampung Alor Pasir, 16800 Pasir Putih, Kelantan. Waktu mereka beroperasi bermula pukul 5:00 PM – 4:00 AM. Boleh juga telefon 013-5353387 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/broscafe3/

3. ZEATTY CAFE

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Pasir Puteh. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Zeatty Cafe ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: PT1687 Jalan Pasir Puteh Kota Bharu, 16800 Pasir Puteh, Kelantan. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-779 1535. Buka bermula pukul 12.00 pm hingga 11.00 pm. Pakat mai bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan disini.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/cafemurah/

Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *