3 Tempat Makan Best Western Di Penawar, Johor

| October 24, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Penawar, Johor | Khalifah Media Networks – Bila perut mula lapar, kebiasaannya bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Penawar, Johor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Penawar ni.

1. DESARU VIBES LOUNGE

Kalau tanya orang sekitar, Restoran Desaru Vibes Lounge di Penawar ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Desaru Vibes Lounge ni.

Restoran Desaru Vibes Lounge ni terletak di alamat : No. 19 Jalan Dato Jaafar 24/1 , Taman Mutiara Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor. Jika nak mudah waze saja – Desaru Vibes Lounge. Boleh juga hubungi 016-713 4536 untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan. Restoran Desaru Vibes Lounge ni dibuka pada pukul 5.00 pm hingga 1.00 am. Jadi tunggu apa lagi, jom ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/desaruvibeslounge/

2. IDEALS CAFE

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera di Ideals Cafe. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Ideals Cafe bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Ideals Cafe ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Ideals Cafe.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Ideals Cafe ni : No 31, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 019-755 8308 @ 017-702 3783.

Restoran western Ideals Cafe ni bukak seawal 12.00tgh ~ 12.00pagi, cuti hari Rabu. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/idealscafe/

3. DEEN BURGER BAKAR

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western terutamanya burger bakar yang best di Penawar, Johor. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Deen Burger Bakar. Boleh tengok gambar-gambar di bawah bukan saja burger tapi ada juga menu lain. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Deen Burger Bakar.

Ramai warga Seremban yang memberi review bahawa Deen Burger Bakar ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : Saecho Cafe, No 29, Jalan Dato Jaafar 24, Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar, Johor. Boleh call Area Bandar Penawar klu malas nak kuar rumah takpe kami ada delivery whatsapp 017-253 2819, untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 5.00am hingga 12.30am. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Seremban. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran Deen Burger Bakar ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DBBBandarPenawar/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *