3 Tempat Makan Best Western Di Pontian, Johor

| October 15, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Pontian, Johor | Khalifah Media Networks – Puas ronda mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Pontian, Johor. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Pontian.

1. COXN CAFE

Coxn Cafe ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Pontian, Johor. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di Coxn Cafe ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Coxn Cafe di Pontian, Johor ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Bt.39,Kampung Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 017-700 5720. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 5.00 petang hingga 12.00 pagi dibuka setiap hari kecuali hari rabu tutup.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/CoxnsCafe/

2. MYDAPUR KITCHEN

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke MyDapur Kitchen ni kan.

Kedai MyDapur Kitchen ni terletak di alamat : No 27, Jalan Delima 3, Pusat Perdagangan Pontian, 82000 Pontian, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 07-686 2505 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Dibuka mulai pukul 8.00 am – 10.00 pm setiap hari buka kecuali isnin tutup.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/mydapurkitchen27/

3. DE’ SAUJANA CORNER

Kedai De’ Saujana Corner pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai De’ Saujana Corner ini terletak di lokasi perniagaan : Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor. Boleh hubungi nombor 019-728 3038 untuk pertanyaan jika sesat atau membuat tempahan. Waktu operasi pula bermula pukul 6.00pm – 1.00am. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DesaujanaCorner/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *