3 Tempat Makan Best Western Di Rantau Panjang, Kelantan

| July 24, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Rantau Panjang, Kelantan | Khalifah Media Networks – Tengah ronda-ronda mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Rantau Panjang, Kelantan. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Rantau Panjang.

1. DELIMA CAFE

Restoran Delima Cafe ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di restoran Delima Cafe ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke restoran ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : 315 Jalan Besar, 17200 Rantau Panjang, Kelantan. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 011-2854 4734. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 4.30 petang hingga 2.00 pagi.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/DelimaHQ/

2. THAI-MALAY RESTAURANT

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Thai-Malay Restaurant ni kan.

Kedai Thai-Malay Restaurant ni terletak di alamat : Lebuhraya Rantau Panjang-pasir Mas, 17200 Rantau Panjang, Kelantan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 017-9587670. Dibuka mulai pukul 12.00 pm – 10.00 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Thaimalayrestaurantbygee2/

3. NIK MIN FOOTBALL RESTAURANT

Kedai Nik Min pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai Nik Min football restaurant ini terletak di lokasi perniagaan : Lokasi Depan masjid kubur, Rantau Panjang, Kelantan. Boleh call untuk pertanyaan : 0134170196. Dibuka pada pukul 1.00 PM hingga 1.00 AM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pages/Nik-Min-Football-Restaurant/1770221503300320

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *