3 Tempat Makan Best Western Di Rawang, Selangor

| October 31, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Rawang, Selangor | Khalifah Media Networks – Teringin untuk menikmati makanan yang lain dari kebiasaan di kawasan Rawang, Selangor? Tapi tak tahu kat mana nak cari dan mesti nak tempat yang best kan?

Kepada peminat makanan western sekitar Rawang, Selangor. Ada berita baik buat anda semua. Disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Rawang. Kalau dekat dengan anda, rasanya tak salah jika anda mencubanya kan? Jom kita ketahui lebih lanjut dengan 3 tempat makan best di Rawang ni.

1. BIRI BIRI CAFE

Jika bertanya orang Rawang, Restoran Biri Biri Cafe ini memang dikenali ramai. Ada bermacam jenis masakan disediakan disini untuk para pelanggan menjamu selera. Jika Anda penggemar western food, Teringin nak makan Lamb Chop yang sedap? Ini pilihan buat anda pasti kenyangg tersandarr.

Dengar cerita, kesedapan Lamb Chop disini kalau lambat order, Lamb Chop memang cepat habis! Jadi kepada warga sekitar Rawang, Anda kena datang cepat untuk merasai sendiri resepi masakan mereka. Untuk mengelak dari tunggu lama atau makanan lambat seeloknya telefon untuk booking dulu. Jom kita jamu mata dengan beberapa gambar menu menarik yang ada disini.

Warga Rawang wajib datang ke Restoran Biri Biri Cafe, semua jenis makanan ada! Waktu beroperasi bermula dari jam 3:00 PM – 11:00 PM dan tutup setiap Ahad. Restoran ini terletak di alamat : No 1, Jalan kenangasari 2, Bandar Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor. Nak senang google maps atau waze Biri Biri Cafe. Kalau tak jumpa jugak boleh call 011-3298 4488 untuk sebarang pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Biri-Biri-Cafe-1662179554028422/

2. ALANG WESTERN

Ni juga antara restoran yang menjadi tarikan orang ramai. Restoran Alang Western ini memang tempat makan yang santai. Ada bermacam menu menarik yang disediakan sesuai selera anda. Memang sesuai bawa seisi keluarga. Makanan lain pun ada seperti chicken chop,lamb chop pun ada. Tekak melayu nak makan nasi la, eh nasi pun ada.

Antara menu menarik yang menjadi pilihan para pelanggan antaranya adalah chicken chop, lamb chop, meatball dan banyak lagi. Harga setiap hidangan pula berbaloi yang penting sedap dan best. Sebagai preview kalau-kalau anda nak singgah, ini beberapa gambar menu yang disajikan disini, bolehlah lihat dahulu.

Restoran Alang Western ini terletak dilokasi : Jalan Mawar 1, Taman Mawar, Batu 16, 48000 Rawang, Selangor (Hadapan 7 Eleven Taman Mawar). Kalau nak senang search Alang Western Rawang dalam Maps terus jumpa. Waktu beroperasi pula pada pukul 8.00pm -12.00am buka setiap hari kecuali hari isnin cuti. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon 017-328 5078. Apa tunggu lagi, jom singgah jamu selera.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/AlangWestern/

3. AZRA GRILL

Jika anda mencari tempat untuk makan western yang lain dari lain, Restoran Azra Grill ini memang pilihan yang tepat. Disini selain dari menyediakan makanan yang sedap, harga setiap hidangan yang berpatutan dan uniknya anda boleh menjamu selera diatas bas yang disediakan untuk memberi kelainan ketika menjamu selera.

Ada bermacam menu hidangan yang disediakan disini. Kalau anda memang penggemar western food, kat sini memang hidangan western terbaik. Sambil menunggu makanan tersedia boleh “menjamu” mata di Azra Bundle. Tak caya? jom cuci mata tengok antara menu menarik ada disediakan kat restoran Azra Grill ini.

Tengok pun dah mengiurkan, ramai review cakap kat sini memang best dan puas hati dengan masakan yang disajikan. Harga memang berpatutan janji sedap kan? Kalau anda berhajat nak singgah bolehlah ikut alamat ini : Arked Sri Bengkulu, Simpang 3, Sungai Choh, 48200 Rawang, Selangor. Nak mudah guna maps atau waze cari Azra Grill. Restoran beroperasi setiap hari bermula jam 6.00 petang hingga 11.30 malam. Sebarang pertanyaan atau booking boleh call 010-353 5736 @ 010-457 5736.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/azragrill/

Jom kongsikan artikel ini pada teman-teman yang lain, semoga bermanfaat.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *