3 Tempat Makan Best Western Di Sarikei, Sarawak

| January 2, 2019 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Sarikei, Sarawak | Khalifah Media Networks – Rakan-rakan pembaca yang tinggal area Sarikei tu, Jom tukar citarasa makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Sarikei, Sarawak. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Sarikei ni.

1. DAYANG BREAD STORY BAKERY & CAFE

Anda dah pernah rasa masakan di Dayang Bread Story Bakery & Cafe ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Dayang Bread Story Bakery & Cafe ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di Dayang Bread Story Bakery & Cafe ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : Jalan Abdul Rahman, 96100 Sarikei, Sarawak. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Dayang Bread Story Bakery & Cafe. Boleh hubungi 013-732 6438 untuk pertanyaan atau tempahan. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dayangbreadstorybakeryncafe/

2. CHICKILICIOUS

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western area Sarikei, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Chickilicious ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja restoran Chickilicious ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu seafood yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di restoran Chickilicious ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di restoran Chickilicious ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Terletak berhadapan dengan Secret Recipe Sarikei, atau boleh guna waze taip jer nama restoran Chickilicious Sarikei nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 016-372 4004. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Chickilicious-Sarikei-1802036036562156/

3. OE CAFE

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Sarikei, Sarawak. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di OE Cafe. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke OE Cafe ni.

 

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : NO.20, Lorong 2, Jalan Bersatu, 96100 Sarikei, Sarawak. Atau boleh juga hubungi nombor 017-801 1655 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke OE Cafe ni.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/OE-CAFE-Sarikei-1802114103423117/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *