3 Tempat Makan Best Western Di Segamat, Johor

| October 9, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Segamat, Johor | Khalifah Media Networks – Tercari-cari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Segamat, Johor. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Segamat.

1. PALLET CAFE SEGAMAT

Official Pallet Cafe Segamat ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Segamat, Johor. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di Pallet Cafe ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Pallet Cafe di Segamat, Johor ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : No 7, Ground Floor Jalan Utama 3/1, Pusat Komersial Sri Utama, 85000 Segamat, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 013-4521132. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 3.00 pm hingga 11.00 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Official-Pallet-Cafe-Segamat-1124158590954489/

2. COWBOY CHICKENCHOP

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Kedai Cowboy ChickenChop ni kan.

Kedai Cowboy ChickenChop ni terletak di alamat : Besebelahan trafic light tahang rimau(berhadapan bistro mek thai) Tahang rimau, 85000 Segamat, Johor. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 012-767 3482. Dibuka mulai pukul 8.00 pm – 1.00 am.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/CowboyChickenChop/

3. RESTORAN MYRA ARIANA

Restoran Myra Ariana pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Restoran Myra Ariana ini terletak di lokasi perniagaan : NO 52 JALAN PUTRA 2/23 BANDAR PUTRA, 85000 Segamat, Johor. Boleh juga hubungi 017-768 7556 untuk membuat sebarang tempahan atau pertanyaan. Beroperasi bermula pukul 7.00pm – 11.00pm. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ariana52putra/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *