3 Tempat Makan Best Western Di Selayang, Selangor

| December 4, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Selayang, Selangor | Khalifah Media Networks – Bawa keluarga atau rakan mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Selayang, Selangor. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Selayang.

1. KAFE DAPUR ANEH-ANEH

Kafe Dapur Aneh-Aneh ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Selayang. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di Kafe Dapur Aneh-Aneh ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Kafe Dapur Aneh-Aneh di Selayang ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : No 11 Jalan 2/14, Bandar Baru Selayang, 68100 Selayang, Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 03-6731 0545. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 11.00 am hingga 11.00 malam.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kafedapuranehaneh/

2. CAFE_MAMAMBALL

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Cafe_MamamBall ni kan.

Cafe_MamamBall ni terletak di alamat : Lot 4676 batu 8 jalan pasar borong lama, 68100 Batu Caves, Selangor. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 019-400 8804 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Dibuka mulai pukul 11.00 am – 12.00 am. Jadi boleh rancang masa dan hari anda untuk ke sini nanti bersama keluarga atau rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/RestoranMamamBall/

3. PASTA & CO.

Kedai Pasta & Co. pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai Pasta & Co. ini terletak di lokasi perniagaan : 3, Jalan 35a, Taman Selayang Bharu, 68100 Selayang, Selangor. Boleh hubungi nombor 012-654 1868 untuk pertanyaan jika sesat atau membuat tempahan. Beroperasi mula pukul 5.00pm hingga 1.00am. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pastaandcokafesimpang/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *