13 Tempat Makan Best Western Di Semenyih, Selangor | Khalifah Media Networks – Selain Bukit Broga, Semenyih juga sangat terkenal dengan tempat makan best dan sedap.

Di sini kami memberi tiga belas pilihan tempat makan best western yang sedap di Semenyih, Selangor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 13 tempat makan best di Semenyih ni.

1. THE BERANGKUT CAFE

Kalau tanya orang sekitar, Restoran The Berangkut Cafe di Semenyih ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran The Berangkut Cafe ni.

Restoran The Berangkut Cafe ni terletak di alamat : No 29G, Jalan Semenyih Sentral 2, 43500 Semenyih, Selangor. Jika nak mudah waze saja – The Berangkut Cafe. Boleh juga hubungi 018-907 0388 untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan. Restoran The Berangkut Cafe ni dibuka pada pukul 4.00 pm hingga 1.00 am. Jadi tunggu apa lagi, jom ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/theberangkutcafe/

2. SHAQHEL’S KITCHEN

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera di Shaqhel’s Kitchen. Ruang restoran ini indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Shaqhel’s Kitchen bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Shaqhel’s Kitchen ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Shaqhel’s Kitchen.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Shaqhel’s Kitchen ni : 13-G Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 010-287 2043.

Restoran western Shaqhel’s Kitchen ni bukak seawal 5.00pm ~ 12.00pagi, cuti hari Isnin. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/shaqhelskitchen/

3. WARUNK MANGO SHAKE

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Semenyih, Selangor. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Warunk Mango Shake. Boleh tengok gambar-gambar di bawah bukan saja burger tapi ada juga menu lain. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Warunk Mango Shake.

Ramai warga Semenyih yang memberi review bahawa Warunk Mango Shake ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : No 45, Jln Ecohill 1/5B, Setia EcoHill, 43500 Semenyih, Selangor. Boleh call 011-5501 0235 @ 013-486 6084 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 12.00pm hingga 10.00pm, operasi dari selasa – ahad. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Semenyih. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran Warunk Mango Shake ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/warunkmangoshake/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best western di kawasan Semenyih ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply