3 Tempat Makan Best Western Di Senawang, Negeri Sembilan

| September 17, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Senawang, Negeri Sembilan | Khalifah Media Networks – Kerap kali berkunjung ke Negeri Sembilan, sama ada atas urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Negeri Sembilan ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Senawang, Negeri Sembilan. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Senawang ni.

1. BURGERBYTE SENAWANG

Rasanya jika kita tanya orang Senawang, rata-rata sudah mengenali restoran Burgerbyte. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat serta masakan tempatan yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Burgerbyte dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Burgerbyte menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : No 33,Lorong Kekwa 11/3,Taman Guru Melayu, 70450 Senawang, Negeri Sembilan. Kalau sesat boleh call 019-2751911. Restoran Burgerbyte ini mula beroperasi setiap pukul 12.00 PM dan tutup pukul 12.00 AM, Setiap hari buka kecuali hari Rabu tutup.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Burgerbyte-Senawang-153208801427836/

2. DAPUR BERASAP

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Dapur Berasap adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Dapur Berasap bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba pelbagai wastern food yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran Dapur Berasap ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Dapur Berasap ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No 6, Tingkat Bawah, Taman Komersial Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan (Sederet JPN Lama, Belakang Giant Senawang). Boleh juga telefon 011-2724 7977 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Masa operasi 4.00 Ptg – 12.00 Mlm. Cuti setiap hari Isnin.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dbsenawang/

3. COWBOY STEAK HOUSE

Seterusnya pilihan tampat makan yang best, ini pula kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Senawang. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Cowboy Steak House ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe… Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah disini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera di Cowboy Steak House. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: 12-G, 12-2, Jalan BPS3, Bandar Prima, 70450 Senawang, Negeri Sembilan (berdekatan MYDIN Mall senawang). Atau nak mudah search ja guna waze atau google maps – Cowboy Steak House Senawang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 017-654 5414. Jom datang bawa bersama family, sedara mara, kawan-kawan untuk mencuba makanan di restoran Cowboy Steak House ini. InshaAllah puas hati.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/cowboysteakhousesenawang/

Sudah baca, jom sama-sama kongsikan artikel ini pada penggemar masakan barat yang lain juga. Semoga bermanfaat!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *