3 Tempat Makan Best Western Di Seri Iskandar, Perak

| June 28, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Seri Iskandar, Perak | Khalifah Media Networks – Kali ini kami ingin kongsikan kedai makan best kepada anda jika bercuti atau berkunjung ke Seri Iskandar, Perak. Memang lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, perut pun mula kelaparan, kita pasti tertanya-tanya dimana tempat makan best kat sini? kan?

Ok disini kami membari tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Seri Iskandar, Perak. Kalau berdekatan dengan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Seri Iskandar, Perak ni.

1. CHE’GU CAFE

Jika anda masih lagi tidak dapat tentukan dimana nak makan, Che’gu Cafe merupakan antara pilih yang tepat. Cafe ini bukan hanya menyediakan juadah western sahaja tetapi masakan goreng-goreng dan berkuah pun ada dihidangan. Apa-apa pun yang paling penting ialah sedap dan puas hati menjamu selera disini. Unik nya kat cafe ni, makanan western berkonsepkan sharing is caring which is kite boleh makan dalam dulang beramai-ramai. Ada beberapa set pilihan yang anda boleh pilih.

Makan lebih bermakna jika bawa bersama keluarga atau bersama sahabat handai, pastinya membuat anda bertambah selera untuk mengisi perut. Ada perlbagai juadah yang ditawarkan, antara menu western yang digemari ramai adalah Chicken Chop yang memang juicy dengan sos blackpapernya yang tersendiri. Harganya jangan risau, sangat berpatutan dengan hidangan. Jom cuci mata lihat beberapa gambar juadah menarik yang terdapat di Che’gu Cafe ini.

Anda juga boleh pilih nak set apa dan saiz apa. Setiap set tu berbeza jenis makanan. Kalau anda tak dapat nak agak saiz, anda sebut saja nak makan untuk berapa orang pada abang atau akak yang ambik pesanan tu. Nanti mereka akan bantu anda pilih. Nampak tak keunikan restoran ni? kalau anda jenis yang susah nak decide nak makan apa? Rasa macam nak makan chicken chop, spaghetti, dalam masa yang sama teringin jugak nak makan meat ball. Kalau order semua nanti takut membazir pulak kan. Che’gu cafe ni dah tolong anda selesaikan masalah anda tu.

Pada mereka yang nak pergi tapi tak tahu jalan nak ke Che’gu Cafe ni, jadi kat sini kami sertakan lokasinya : Lot 410 & 411, Persiaran SIBC 16, Bandar Seri Iskandar, 32600 Bota, Perak. Atau jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh call 019 433 4310. Mula beroperasi pada pukul 7.00 AM hingga 11.30 PM.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/chegucafe/

2. CHILLEX CONCEPT CAFE

Ok ini satu lagi kedai western yang best di Seri Iskandar ni. Chillex Concept Cafe ni memang terkenal dikalangan penduduk sekitar dengan juadah mereka yang sedap. Anda pula tengah nak cari makanan dalam portion yang besar kan? cafe ni ada makanan dalam portion yang besar juga. Boleh makan dalam 3-5 orang.

Dok fikir tak tahu nak makan dengan family and kawan-kawan kat mana? haa mai la try makan kat Chillex Concept cafe ni. Jom cuci mata tengok gambar-gambar menu yang mengiurkan di cafe ini.

Fuhh tengok saja gambar hidangan ni. tudiaaa haa dok tengok fikir apa lagi mai ahh try. Padu tak padu tu hangpa kena try la. Jika berhajat nak singgah, ini lokasi cafe: No 168, persiaran SIBC 6, Seri Iskandar business center, 32610 seri iskandar, Perak. Boleh hubungi nombor ini jika ada sebarang pertanyaa : 010-242 1616. Beroperasi bermula jam 5.00 PM sehingga jam 12.00 PM dan dibuka setiap hari kecuali hari rabu cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/chillexconceptcafe/

3. MASTERGRILLFW

Anda bosan hari-hari makan nasi? Mesti nak cuba makan lain dari yang lain pulak kan? Nak makan western seperti burger tapi dah bosan dengan burger biasa? Jangan risau, restoran MasterGrillFW ini penyelesaian buat anda. Banyak pelanggan memberi feedback yang baik bila makan disini. Tak cuba tak tahu apa yang orang cakap pasal makanan di restoran ini. Jadi sebagai Preview ini beberapa gambar hidangan menarik ada di MasterGrillFW ni.

Bagi yang berhajat untuk berkunjung ke restoran ini, kami kongsikan pada anda alamatnya : No 380,381 Ground Floor, Persiaran SIBC 14, Seri Iskandar 32610, Perak. Boleh juga hubungi nombor ini untuk pertanyaan : 019-9999062. Mula beroperasi pada pukul 4:00 PM – 11:30 PM dan dibuka setiap hari kecuali kedai tutup setiap hari Isnin. Jadi rancang perjalanan anda untuk berkunjung ke MasterGrillFW nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Mastergrillfw/

Dah habis baca jangan lupa kongsikan ye, selamat menjamu selera..

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *