3 Tempat Makan Best Western Di Setiu, Terengganu

| August 21, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Setiu, Terengganu | Khalifah Media Networks – Sedang ronda-ronda mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Setiu, Terengganu. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Setiu.

1. DPERAHU SETIU

Restoran Dperahu Setiu ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain dan seafood yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di restoran Dperahu Setiu ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke restoran ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Kampung Apek Setiu, 22100 Setiu, Terengganu. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 013-432 9434. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 3.00 petang hingga 12.00 pagi.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/Dperahu-Setiu-Seafood-original-890429241010058/

2. KEDAI MAKAN AXIA

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Kedai Makan Axia ni kan.

Kedai Makan Axia ni terletak di alamat : Kampung bukit chalok penarik bandar permaisuri, 22120 Setiu, Terengganu. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 011-1570 7467. Dibuka mulai pukul 12.30 pm – 10.30 pm.

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/KedaiMakanAxia/

3. SAHABAT CAFE69

Kedai Sahabat Cafe69 pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai Sahabat Cafe69 ini terletak di lokasi perniagaan : Kampung pak kancil, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu. Boleh call untuk pertanyaan : 013-950 2169. Beroperasi setiap hari kecuali hari rabu tutup. Dibuka pada pukul 5.00 AM – 12.00 AM (western menu).

FACEBOOK PAGEhttps://www.facebook.com/SahabatCafe69/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *