3 Tempat Makan Best Western Di Subang Jaya, Selangor

| November 27, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Subang Jaya, Selangor | Khalifah Media Networks – Tiba-tiba perut lapar? tapi dalam masa yang sama anda sedang berada di tempat lain sama ada bercuti mahupun atas sesuatu urusan. Kebiasaannya apabila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Pernahkan terfikir?

Ok, jangan risau di sini kami bantu anda dengan memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap boleh anda kunjungi jika berada di Subang Jaya, Selangor. Kalau dekat dengan tempat penginapan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh, mari kita jamu mata dan buka selera anda dengan 3 pilihan tempat makan best di Subang Jaya ni yang boleh anda rasai sendiri. Berikut adalah beberapa tempat yang dicadangkan:

1. LAVA ROCK GRILL & PASTA

Kalau tanya orang sekitar Subang Jaya, Selangor ni, Restoran Lava Rock Grill & Pasta di Subang Jaya ni bukan lah suatu yang asing lagi bagi mereka. Selain menyediakan masakan tempatan, tempat ini juga popular dengan menu masakan Western Food yang perghhh pasti mengiurkan sesiapa yang merasa. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Lava Rock Grill & Pasta ni.

Jika anda bercadang nak datang ke Restoran Lava Rock Grill & Pasta ni terletak di alamat : No.61 Jalan SS15/4B, 47500 Subang Jaya, Selangor. Atau boleh juga hubungi 016-388 6933 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Restoran Lava Rock Grill & Pasta ni dibuka pada pukul 12.00 pm hingga 12.30 am.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/LavaRockGrillPasta/

2. MOON’S KITCHEN

Bagi yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera kat restoran ni di Subang Jaya. Ruang restoran indah dihiasi dengan hiasan yang sesuai dan selesa pasti sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Moon’s Kitchen bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Moon’s Kitchen ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Moon’s Kitchen terletak di Subang Jaya, Selangor ini.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Moon’s Kitchen ni : 42A-G, Jalan Putra Mahkota 7/6A, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan boleh call : 03-5892 6821 untuk sebarang pertanyaan atau urusan tempahan makanan.

Restoran Moon’s Kitchen yang menyediakan menu western di Subang Jaya ni bukak seawal jam 12.00 pm – 10.00 pm. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda berkunjung ke sini sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan nanti. InshaAllah pasti sedap dan berbaloi untuk selera anda semua.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/moonskitchenmalaysia/

3. BROTZ N.19 CAFE

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Subang Jaya, Selangor. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa kata anda cuba pula masakan di Restoran Brotz N.19 Cafe ini pula, ramai cakap sedap dan harga berbaloi. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah ke Restoran Brotz N.19 Cafe yang terletak di Subang Jaya ni nanti.

Ramai warga Subang Jaya, Selangor yang memberi review bahawa Restoran Brotz N.19 Cafe ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : No 19, JALAN PJS 11/9, Bandar Sunway, 46150 Subang Jaya, Selangor. Boleh call 03-5612 3238 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 10.00 pm hingga 11.00 pm. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila berada di Subang Jaya, Selangor. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di Restoran Brotz N.19 Cafe ni kan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/brotzn19cafe/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera.

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *