3 Tempat Makan Best Western Di Sungai Besar, Selangor

| November 28, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Sungai Besar, Selangor | Khalifah Media Networks – Jikalau kita ke Selangor, Selain melawat tempat menarik disana antara tempat lain yang selalu ditujui adalah tempat makan. Sudah semestinya tempat makan yang sedap dan best yang kita cari kan?

Disini kami memberikan 3 pilihan tempat makan best western yang sedap di Sungai Besar, Selangor. Kalau dekat, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Jom kita sama-sama kecur liur dengan 3 tempat makan best di Sungai Besar ni.

1. LAZAT STATION

Untuk pengetahuan anda, Restoran ini dah memang terkenal dengan masakan yang sedap. Ini dia Restoran Lazat Station yang tetiba meletop di Sungai Besar. Jika anda ke sini, boleh pilih nak duduk dimana. Disini boleh kata semuanya masakan barat dan tempatan disediakan untuk para pelanggan.

Ada berbagai pekej yang disediakan. Disediakan set biasa western food seperti chicken chop dan lamb chop. Kepada yang datang ramai-ramai dan nak merasa berbagai menu bolehlah ke sini. Jom lihat beberapa gambar menarik hidangan.

Keseluruhan masakan di sini memang sedap dan berbaloi dengan harga. Kepada yang nak tahu Restoran Lazat Station ini di mana. Disini kami sertakan sedikit maklumat tentang restoran ini. Alamat : Lot 745, jalan haji abu samah, 45300 Sungai Besar, Selangor. Boleh waze atau google restoran Lazat Station. Jika ada sebarang pertanyaan boleh telefon : 017-633 2422. Restoran ini dibuka pada pukul 5.00 am hingga 12.00 am. Jadi apa lagi jom pakat-pakat singgah.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/lazatstationsgb/

2. THE WARONG

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana selesa bolehlah berkunjung jamu selera di The Warong. Ruang restoran yang dihiasi dengan gaya kreatif memang selesa untuk menjamu selera. Ada pelbagai masakan ala barat disediakan untuk pilihan anda.

Ia juga sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun dengan rakan taulan. Ramai yang setuju pekerja The Warong ni sangat mesra dan ramah buatkan orang tak rasa janggal bila berada disitu. Harga hidangan sangat berbaloi dengan kesedapan makanan. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di The Warong.

Tengok pun dah sedap kan. Jadi anda datang sini dapatlah merasa berbagai masakan yang ada. Dah rasa semuanya, selepas ini kalau nak pilih menu ala cart senanglah sebab dah tau yang mana sedap kan? Kepada yang nak tahu lokasi The Warong ini di mana. Ini alamatnya : No 8, Jalan Parit 1 Timur (Jalan LPN), 45300 Sungai Besar, Selangor. Untuk sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan boleh call 018-383 8264.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TheWarong/

3. BURGER STOP WESTERN & GRILL

Macam sudah boring makan chicken chop biasa? Pergi kedai mana pun sama? Sini satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan western dan masakan tempatan yang best di Sungai Besar. Dah bosan dengan chicken chop atau lamb chop biasa, apa kata datang try western yang sedap di restoran Burger Stop pula.

Harga? Toksah tanya la memang murah habis. Rasa macam makan dekat hotel, bayar harga warong. Menu popular lain ada juga yang penting sedap. Kalau berminat boleh lah singgah nanti di Burger Stop ni. Sebelum tu jom preview beberapa menu menarik yang ada disini.

Ramai warga Sungai Besar yang memberi review bahawa Burger Stop ni sedap dan best. Kalau berhajat nak singgah, ini alamatnya : parit 7 1/2 timur, jalan sungai panjang, 45300 sungai besar, Selangor. Kalau sesat boleh call 011-3533 5893. Dibuka bermula pukul 4.00 pm – 10.00 pm. Jom pakat terjah ramai-ramai.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BS.westerngrill/

Dah habis baca, jangan lupa kongsi pada yang lain ye!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *