3 Tempat Makan Best Western Di Sungai Buloh, Selangor

| November 12, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Sungai Buloh, Selangor | Khalifah Media Networks – Mari semua terjah ke ‘port’ makan best dan sedap kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Sungai Buloh, Selangor. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Sungai Buloh ni.

1. A&J BURGER GRILL

Anda dah pernah rasa masakan di A&J Burger Grill ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di A&J Burger Grill ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ini alamatnya: No.5, Jln Dataran Villa Putra 1, 47000 Sungai Buluh, Selangor. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – A&J Burger Grill. Boleh hubungi 014-732 2518 @ 010-714 4708 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Dibuka dari jam 12.00 pm sehingga 11.30 pm. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/anjburger/

2. AHMAD’S KITCHEN

Siapa sangka kat Sungai Buloh ada tempat makanan western paling masyukkkk di Selangor. Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di Ahmad’s Kitchen, Sungai Buloh ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula memang sangat berpatutan dengan makanan yang sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Ahmad’s Kitchen ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu tempatan yang menarik pun ada. Anda kena cuba Meatball Gergasi, Sos Black Pepper dia lain macam sikit. Pekat dan ada chunks lada hitam tu. Setakat ni, tak pernah lagi jumpa sos yang macam ni. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat yang ada di Ahmad’s Kitchen ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Ahmad’s Kitchen ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : No B 19, Jalan Perusahaan 1, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor, atau boleh guna waze taip jer nama Ahmad’s Kitchen nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi . Mula beroperasi seawal pukul 5.30 pm – 11.59 pm, Buka setiap hari. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/ahmadskitchenhq/

3. FOOD JAM

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Sungai Buloh. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di restoran Food Jam. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti.

Dah try top menu mereka, Kalau belum try jom ajak mak ayah, adik kakak, kawan-kawan datang try, InshaAllah pasti tak menghampakan, dah la murah, berbaloi pulak tu, takkan hanya terliur tengok gambar, jom datang singgah. Yang mana tak makan western, sini ada disediakan pelbagai kuih muih juga.

Pelbagai menu tempatan dan western pilihan memikat dan memukau mata anda. Pasti rasa setanding dengan harga di tawarkan. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke restoran Food Jam terletak di Sungai Buloh ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No. 35, Jalan BRP 1/4 Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Boleh hubungi 010-250 2929 untutk pertanyaan atau tempahan. Dibuka setiap hari kecuali hari ahad cuti. Pelbagai jenis menu pasta dan grill bermula dari 12:00pm hingga 3:00pm, bersambung dari 6:30pm hingga 11:30pm. Manakala untuk minum petang, teh, jus segar dan kuih-muih tradisional bermula dari 3:00pm hingga 6:30pm. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/foodjamrestaurant/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *