3 Tempat Makan Best Western Di Sungai Dua, Pulau Pinang

| June 5, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Sungai Dua, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Sekiranya anda memandu dari arah Seberang Jaya ke Sungai Petani atau sebaliknya menggunakan lebuhraya utara selatan, anda pastinya akan berjumpa susur keluar ke Sungai Dua. Maka sekiranya anda semua berminat untuk sama-sama menjejakkan kaki serta menikmati sendiri pilihan makanan yang di sediakan berhentilah dan pilihlah mana-mana kedai yang terdapat di kiri dan kanan jalan anda.

Disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Sungai Dua, Pulau Pinang. Apakah benar Sungai Dua kini boleh di labelkan sebagai syurga makanan? Nak tahu jom kita ikuti artikel 3 tempat makan best di Sungai Dua ini.

1. LA TEA GARDEN

Sungai Dua sememangnya menjanjikan pilihan makanan yang terbaik kepada anda. Jika dekat dengan tempat penginapan anda di sana serta mahukan satu kelainan dalam menikmati makanan anda maka LA Tea Garden adalah pilihan yang paling tepat untuk anda tuju. Masuk sahaja ke lokasi kedai, anda akan terasa ala-ala Jepun sikit dengan pokok buluh dan tradisional Melayu dengan rumah kayu. Pengunjung boleh tahan ramai.

La Tea Garden menyediakan makanan ala barat @ Western Food yang semestinya tidak akan menghampakan anda semua. Selain daripada keunikan yang disediakan serta keselesaan kepada para pengunjungnya, La Tea Garden juga menyediakan menu-menu sampingan seperti mee, nasi, ala thai dan sebagainya yang mungkin menjadi pilihan anda. Jom tengok beberapa menu makanan yang disajikan disini, mana tahu anda berhajat untuk ke sini nanti.

LA Tea Garden dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 12 malam dan cuti hari Isnin. Kalau waktu siang lokasi kedai  ni sukar nampak sikit sebab dilindungi pokok buluh, waktu malam ok sebab ada lampu dan kereta banyak berhenti kat sini. Lokasi bersebelahan stesen minyak Petron dan berhadapan stesen Petron ( ada dua stesen minyak Petron kat situ). Alamat No 887 Jalan Sungai Dua Kampung Teluk, Butterworth, Penang. Jikaada sebarang pertanyaan boleh telefon 0 19-411 7679 / 019-447 6252. Nak mudah, anda boleh saja Google Maps pasti jumpa.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/LA-Tea-Garden-223354417701054/

2. DAPOQ CHAEN

Ini pula satu lagi kedai makanan western yang menarik dan best untuk anda cuba. Tempat ini popular dengan menu masakan Western yang perrghh mengiurkan. Ruang restoran yang luas dan selesa untuk para pelanggan menikmati hidangan.

Ada macam-macam hidangan ala barat yang disediakan, ikut selera anda nak pilih yang mana, kalau anda seorang yang berselera besar boleh cuba beberapa menu contoh yang popular Chicken Boxing Nanchos atau Chicken Parmigiana dengan cheese meleleh sumpah terangkat. Boleh tengok antara makanan western di Restoran Dapoq Chaen ni.

Restoran Dapoq Chaen ni terletak di Medan Selera Kg. Kolam, Sungai Dua, 13800 Butterworth, Pulau Pinang. Boleh hubungi 013-588 7868 jika ada sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan. Restoran ini beroperasi bermula pukul 5.30 petang hingga 11.00 malam. Jadi kalau berhajat nak singgah, bolehlah anda rancang perjalanan dan waktu yang sesuai. Dibuka setiap hari kecuali hari Khamis cuti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/dapoqchaen/

3. MIKKI WESTERN FOOD

Ini antara lain restoran yang menyediakan juadah makanan western yang best di Pulau Pinang. Kalau anda masih tercari-cari kat mana nak makan, apa kata anda singgah ke restoran ini dan rasai sendiri kesedapan masakan disediakan. Ada bermacam menu menarik menjadi pilihan selain masakan ala barat terdapat juga makanan timur tengah dan lain-lain.

Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan memang berbaloi dengan makanan. Anda pasti berpuas hati dan ramai review cakap memang padu tempat ni. Jadi anda apa tunggu lagi, jom terjah. Sebelum tu boleh la anda tengok antara menu disediakan di restoran ini.

Tengok gambar ni pun dah mengiurkan, tu belum rasa lagi. Memang terbaik menu-menu yang ada disini. Kalau nak singgah, ini alamatnya : 1, Jalan Pantai Jerjak 13, Taman Pantai Jerjak, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Untuk sebarang pertanyaan boleh call 018-405 9302. Restoran ini buka bermula pukul 6.00 PM – 10.00 PM dan beroperasi setiap hari kecuali Rabu cuti. Bagaimana sekarang anda dah ada pilihan nak makan di mana?

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Mikki-Western-Food-Mikki-Western-Junction-169352493156867/

Dah selesai baca tu jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan-kawan anda mana tahu boleh membantu mereka.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *