3 Tempat Makan Best Western Di Sungai Petani Kedah

| May 15, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Sungai Petani | Khalifah Media Networks – Memang menjadi lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, bila perut mula lapar, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Sungai Petani, Kedah. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Sungai Petani ni.

1. RESTORAN LEBOSS

Kalau tanya orang Sungai Petani, Restoran LeBoss ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan Melayu, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya agak mahal, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran LeBoss ni.




Restoran LeBoss ni terletak di alamat 201-202, Jalan Lagenda Height, 08000 Sungai Petani Kedah. Kalau sesat boleh terus call no ni 012-488 7549. Restoran LeBoss ni dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11 malam. Hari Jumaat je dia bukak lambat sekitar jam 3 petang.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/lebossrestaurant/

2. PALLET CAFE

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana hiasan ala hipster boleh la singgah jamu selera di Pallet Cafe. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan seni lama dan moden.

Pallet Cafe bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Pallet Cafe ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop dan lamb chop. Selain tu, boleh juga cuba rasa home-made pasta dan pizza. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar masakan barat western di Pallet Cafe.




Tidak banyak pujian diberikan kepada makanan tapi tidaklah juga ada komen buruk mengenainya. Pallet Café amat sibuk pada waktu malam selain tengah hari. Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Pallet Cafe ni : 162, Tingkat 1, Jalan Lagenda 6, Lagenda Heights, Sungai Petani 08000 Sungai Petani Kedah.

Restoran western ni bukak seawal 12 tengahari dan tutup pada 11 malam. Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/wpalletcafe/

3. TEA BOSS CAFE

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang best di Sungai Petani. Jika dah boring dengan LeBoss ataupun Pallet Cafe, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Tea Boss Cafe. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Tea Boss Cafe




Ramai warga Sungai Petani yang memberi review bahawa Tea Boss Cafe ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : 163, Zon Melati 1, Bandar Amanjaya, Sungai Petani. Restoran ni buka dari pukul 3 petang sampai 12 malam setiap hari kecuali hari Rabu. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Sungai Petani. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di Tea Boss ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/TeaBossMalaysia/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *