3 Tempat Makan Best Western Di Tanjung Rambutan, Perak

| July 1, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Tanjung Rambutan, Perak | Khalifah Media Networks – Perkongsian kali ini kami ingin kenalkan kedai makan best kepada anda jika bercuti atau berkunjung ke Tanjung Rambutan, Perak. Memang lumrah bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, perut pun mula kelaparan, kita pasti tertanya-tanya dimana tempat makan best kat sini? kan?

Ok disini kami membari tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Tanjung Rambutan, Perak. Kalau berdekatan dengan anda, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Tanjung Rambutan ni.

1. CHOP2CAFE

Restoran Chop2cafe ini sangat disyorkan pada anda jika memilih ‘port’ yang bersih, kemas & teratur. Restoran ini yang dihias kemas agak menarik perhatian. Ok berkenaan dengan hidangan disediakan disini. Apa yang syoknya kedai ni servis cepat! Lepas order dibuat cuma perlu menunggu tak sampai 10 minit untuk makanan sampai. Rasa hidangan pun puas hati. Nampak simple je tapi sampai licin jugak la jika makan. So tak menyesal order. Kedai ni offer pelbagai jenis masakan panas including western food. Harganya juga berpatutan janji best. Apa lagi yg best kat restoran ni? Meh tengok gambar menu menarik direstoran ini.

Memang highly recommended pada sesiapa yang singgah ke Tanjung Rambutan atau memang orang area Tanjung untuk singgah ke restoran ni. Sebelum terlupa ini alamatnya jika berhajat untuk pergi : 26, Jalan Stesen, Tanjung Rambutan, 31250 Ipoh, Perak. Waktu perniagaan pula bermula pukul 5.00 pm – 11.00 pm dan dibuka setiap hari kecuali hari Ahad cuti. Jika ada sebarang pertanyaan boleh call 012-447 7922.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/CHOP2cafe/

2. SPOOF BURGER CAFE

Ni satu lagi kedai yang best, Cafe ini menyajikan hidangan makanan khasnya burger, terdapat bermacam variasi burger disini dengan pelbagai warna.

Ada bermacam menu burger yang menarik disini, antara yang uniknya disini terdapat Ramen Burger dan lain-lain lagi. Jom tengok beberapa gambar burger menarik disini.

Jika anda berhajat untuk singgah, ini alamatnya : No.19 taman tanjung perdana 2, Tanjung Rambutan, 31250 Perak. Boleh hubungi 017-561 0309 jika ada sebarang pertanyaan. Dibuka setiap hari kecuali isnin cuti. Dari pukul 4.00 petang hingga pukul 12.00 malam.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Spoof-Burger-Ipohcafe-Rj-Boutique-Ulu-Kinta-344316482425052/

3. EIGHTMILES8

Bagi peminat western food, ini satu lagi restoran yang menyediakan masakan ala barat yang menjadi tumpuan ramai. Masakan barat disini ramai yang review cakap memang sedap dan puas hati. Kedai pun memang lawa sebab dihias dengan kreatif ala hipster. Sesuai untuk datang bersama seisi keluarga atau bersama dengan rakan-rakan berbincang sesuatu urusan atau melepak. Jom ita cuci mata tengok gambar hidangan menarik yang ada disini.

Menarik bukan hidangan di restoran ini. Jika nak singgah, ini lokasinya : Batu 8, Hulu Kinta, Ipoh. Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan boleh telefon : 012-454 4950 / 017-5117141 (whatsapp sahaja). Waktu operasi pula bermula jam 4.00 pm – 12.30 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/eightmiles8/

Jangan lupa kongsikan artikel ini selepas dah habis baca ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *