Adib Meninggal Dunia. Ini Komen Bekas PM Najib Razak Buat Ramai Sayu

| December 17, 2018 | 1 Comment

Adib Meninggal Dunia. Ini Komen Bekas PM Najib Razak Buat Ramai Sayu | Kesedihan perginya arwah Muhammad Adib turut dirasai oleh bekas PM Malaysia, Najib Razak yang turut memberi komen yang buat ramai sayu. Allahu.

TAKZIAH BUAT KELUARGA ADIB

Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan perasaan sedih tentang pemergian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kasim.

Menerusi akaun Twitternya, bekas perdana menteri itu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Saya berasa amat sedih. Selepas sesi Live tadi saya dimaklumkan bahawa anggota bomba kita Muhammad Adib Mohd Kassim telah pulang ke rahmatullah.

Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah. — Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) December 17, 2018

Muhammad Adib, 24 tahun, yang parah dipukul susulan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu, meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib dipindahkan ke IJN selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang susulan insiden rusuhan di kuil di USJ 25 itu pada 27 Nov lalu.

Difahamkan, jenazah Muhammad Adib akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah malam ini untuk dikebumikan.

Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesihatan Muhammad Adib kembali merosot apabila paru-parunya gagal berfungsi.

Sumber: Astro Awani

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *