Adib Meninggal. Ini Komen Dr Maza Yang Sangat Tegas Terhadap Pembunuh

| December 17, 2018 | 2 Comments

Adib Meninggal. Ini Komen Dr Maza Yang Sangat Tegas Terhadap Pembunuh | Malaysia meratapi pemergian arwah Adib selepas beberapa minggu “berjuang” di hospital. Komen terkini Dr Maza, Mufti Perlis yang sangat tegas mengundang perhatian ramai. Baca selanjutnya.

ADIB TERKORBAN SEMASA BERTUGAS, PERBUATAN KUMPULAN PENGGANAS

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menuntut pihak berkuasa agar mengheret pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke muka pengadilan.

Adib Meninggal. Ini Komen Dr Maza Yang Sangat Tegas Terhadap Pembunuh

Dalam posting terbaharu di laman Facebooknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza menyifatkan pihak yang bersalah memukul Allahyarham Muhammad Adib dalam kejadian rusuhan di kuil pada 27 Nov lalu, merupakan kumpulan pengganas yang perlu menerima hukuman sewajarnya.

“Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Muhammad Adib, 24 tahun, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi selepas kira-kira tiga minggu bertarung nyawa.

Dr Maza dalam posting tersebut turut menyatakan, demi menegakkan keadilan, kesalahan membunuh mestilah dibalas dengan hukuman bunuh kecuali dalam keadaan tertentu.

“Pembunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan. Jika tidak, rosaklah keseimbangan keadilan dalam hidup ini,” katanya sambil memetik ayat Al Quran.

Sumber: Astro Awani

TULISAN ASAL DR MAZA DI FACEBOOK

إنا لله وإنا إليه راجعون

Semoga dia ditempatkan dalam kalangan syuhada. Takziah buat keluarga beliau.

Dia telah terkorban semasa bertugas demi negara hasil dari perbuatan kumpulan pengganas. Pihak berkuasa hendaklah segera membawa kumpulan pengganas tersebut ke pengadilan dan menerima hukuman yang wajar. Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan.

Pembunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan. Jika tidak, rosaklah keseimbangan keadilan dalam hidup ini.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 179:

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون
maksudnya : “Dan bagi kamu hukuman Qisas (bunuh balas itu) kehidupan wahai golongan Ulul Albab, mudah-mudahan kamu bertakwa”.

Jika pembunuh beliau tidak diheret ke muka pengadilan, maka tiada apa lagi yang puak pengganas dan pelampau itu akan akur terhadap undang-undang dalam negara ini.

Admin: (Hukum bunuh balas yang berjalan dalam negara kita itulah Qisas)

Adib Meninggal. Ini Komen Dr Maza Yang Sangat Tegas Terhadap Pembunuh

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. Adib Dijemput Ilahi. Ini Amaran Tegas Dr MAZA kepada Pembonoh - Real Merah | December 18, 2018
  1. dani zollie says:

    #JUSTICE4ADIB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *