Agong Letak Jawatan. Ini Punca Wan Azizah Sangat Sedih Buat Rakyat Turut Sayu

| January 6, 2019 | 0 Comments

Agong Letak Jawatan. Ini Punca Wan Azizah Sangat Sedih Buat Rakyat Turut Sayu | Negara gempar apabila Agong letak jawatan. Dan terkini ini punca luahan Wan Azizah jadi sangat sedih dan buat ramai turut sayu. Allahu.

AGONG KE-15 BERI KEAMPUNAN PENUH KEPADA SUAMINYA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedih dengan pengumuman Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15, hari ini.

Agong Letak Jawatan. Ini Punca Wan Azizah Sangat Sedih Buat Rakyat Turut Sayu

Meskipun menghormati keputusan baginda, Wan Azizah mengakui sedih dengan keputusan itu memandangkan Sultan Muhammad V adalah Yang di-Pertuan Agong ketika pertukaran kerajaan kali pertama berlaku di negara ini.

Malah, Wan Azizah turut memiliki pertalian istimewa dengan Sultan Muhammad V kerana baginda yang membebaskan dan memberi pengampunan penuh kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara.

“Kita menghormati keputusan Tuanku meletakkan jawatan, namun saya berasa sedih kerana baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah sebagai kerajaan.

“Ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong, berlakunya peristiwa bersejarah di mana kerajaan bertukar.

“Malah, baginda jugalah yang mengampunkan suami saya. Apa pun, kita hormati keputusan Tuanku,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Makmal Kemanusiaan 2.0 di sini, malam ini.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, mengumumkan Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat-kuasa hari ini.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, lawatannya ke Cameron Highlands pada 3 Januari lalu adalah bagi memberi mandat kepada pelaksanaan Operasi Gading (Op Gading) 5 yang bermula pada 1 Januari lalu hingga 31 Disember depan.

Katanya, lawatan itu adalah susulan daripada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 27 Disember tahun lalu, yang membincangkan mengenai operasi berkenaan.

“Pada mesyuarat itu, kerajaan negeri memohon agar kita sambung pelaksanaan Op Gading untuk mengatasi isu pencerobohan tanah di Cameron Highlands, yang sebelum ini menyebabkan kejadian tanah runtuh sehingga meragut nyawa.

“Ia bukan tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland, penamaan calon pun belum lagi. Kami kena terus bekerja sebagai kerajaan,” katanya.

Beliau menjawab kenyataan BERSIH 2.0 yang menyifatkan lawatan dan program beberapa Menteri dan Ahli Parlimen kerajaan di Cameron Highlands sebelum tempoh berkempen PRK di situ secara prinsipnya adalah salah.

Sumber: Berita Harian

SULTAN PERTAMA LETAK JAWATAN JADI AGONG

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 berkuat kuasa hari ini adalah yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia, negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Agong Letak Jawatan. Ini Punca Wan Azizah Sangat Sedih Buat Rakyat Turut Sayu

Peletakan jawatan itu diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan petang tadi, sekali gus menjawab persoalan dan khabar angin dalam kalangan rakyat berhubung kedudukan Sultan Muhammad V, yang baru saja kembali dari bercuti selama dua bulan.

Baginda memaklumkan peletakan jawatan itu secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada Majlis Raja-Raja mengenai hal berkenaan.

Dalam sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen Malaysia, pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir pada setiap lima tahun.

Sultan Muhammad V, yang diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan, adalah antara ketua negara yang tidak cukup lima tahun penggal perkhidmatan selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Disember 2016 dan ditabalkan pada 24 April 2017.

Tiga yang lain ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, iaitu Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu dan ditabalkan dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.

Almarhum Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’iddin Sulaiman Shah yang dilantik pada 14 April 1960 mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua pada 1 September 1960.

Yang di-Pertuan Agong Ke-11, Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah yang ​​​​​​​memegang jawatan pada 26 April 1999, mangkat pada 21 November 2001.

Spekulasi mengenai kedudukan Sultan Muhammad V mulai tular apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Majlis Raja-raja bermesyuarat selepas Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah, yang menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, menamatkan tugas baginda pada 31 Disember lalu.

Sultan Nazrin menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong apabila Sultan Muhammad V bercuti selama dua bulan mulai 2 November untuk menjalani rawatan.

Pada 24 November, media luar negara melapor dan menyiarkan gambar perkahwinan Sultan Muhammad V di luar negara. Bagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada istana mengenai perkara itu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ditanya mengenai perkara itu pada 30 November, menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung dakwaan perkahwinan itu.

Pada Jumaat, Dr Mahathir yang ditanya mengenai dakwaan kononnya Majlis Raja-raja mengadakan mesyuarat khas baru-baru ini, berkata ​beliau tidak menerima sebarang makluman atau surat rasmi mengenai dakwaan kononnya Sultan Muhammad V akan melepaskan jawatannya. – BERNAMA

Tags: , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *