Anak Terkunci Di Dalam Kereta..Ini Tindakan Sekumpulan Banduan Buat Ramai TERKEDU

| February 19, 2019 | 0 Comments

Anak Terkunci Di Dalam Kereta..Ini Tindakan Sekumpulan Banduan Buat Ramai TERKEDU | Khalifah Media Networks -FLORIDA – Sekumpulan banduan hulur bantuan dengan menggunakan cara-cara untuk mencuri kereta demi membantu sepasang suami isteri yang panik kerana anak perempuan mereka terperangkap di dalam kereta SUV bersama-sama kunci kereta.

Menurut laporan Sinchew, kesemua banduan tersebut dikatakan sedang membuat jalan dan telah terlihat seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun terkunci di dalam kereta ibu bapanya.

Si bapa iaitu Joe Lantry secara tidak sengaja telah meninggalkan kunci kereta di dalam bersama-sama anaknya, Dallas. Dia kemudian menutup pintu kereta sekali gus menyebabkan kereta itu dikunci secara automatik.

Melihatkan keadaan itu, banduan-banduan yang sedang membaiki jalan di luar Pusat Kehakiman West Pasco ini berusaha menghulurkan bantuan dengan menunjukkan taktik memecah masuk kereta semata-mata untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Sinchew

Dilaporkan suhu pada ketika itu sangat panas dan mungkin boleh mengakibatkan strok haba lalu mengorbankan nyawa kanak-kanak itu. Jadi, kelima-lima banduan penjara ini telah bergegas dan memeriksa situasi tersebut dengan teliti.

Setelah itu, kesemua mereka menunjukkan kemahiran yang pernah digunakan dahulu untuk memecah masuk kenderaan. Malah, ada yang turut menggunakan penyangkut baju dan dalam masa dua minit, pintu kereta akhirnya berjaya dibuka dan kanak-kanak itu segera dibawa keluar.

Sinchew

Malah, pihak polis yang turut berada di tempat kejadian tidak melakukan apa-apa sebaliknya telah memberikan kebenaran kepada para banduan ini untuk menggunakan apa taktik sekali pun demi menyelamatkan bayi itu. Difahamkan, bayi ini berada dalam keadaan selamat dan sihat.

“Mereka adalah individu yang pernah membuat kesilapan besar, pilihan salah tetapi mereka mahu lakukan perkara betul dalam hidup dan kami cuba untuk memulihkan mereka agar dapat berbakti kepada masyarakat,” kata Chriss Nocco.

Video penyelamatan Dallas telah dirakamkan oleh Shadow Lantry dan dia serta suami berasa sangat gembira kerana disatukan semula dengan anaknya.

“Ia adalah hari yang aneh. Mereka semua juga manusia seperti kita dan video ini membuktikannya,” ujar Shadow.

When a baby was accidentally locked inside an SUV, some work-release inmates wasted no time trying to help.

Posted by WDBJ7 on Sunday, February 17, 2019

Kredit : Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *