Bakal Nurse Tikam Ibu Bapa Sampai Mati. Puncanya Ramai TAK SANGKA

| June 24, 2018 | 0 Comments

Hidup Ni Kalau Tiada Panduan Agama Yang Merupakan Fitrah Kepada Manusia, Akan Hancur Ditelan Kemelampauan.

Bakal Nurse Tikam Ibu Bapa Sampai Mati. Puncanya Ramai TAK SANGKA | Seorang wanita 23 tahun yang bakal jadi jururawat meroyan menikam mak ayah dia sampai mati. Puncanya buat ramai tak sangka. Bahaya betul zaman sekarang ni. Jom baca dan kongsi jadikan pedoman.

HANYA KERANA PENYAKIT EKZEMA

Seorang bekas pelajar kejururawatan di Hong Kong tergamak menikam kedua ibu bapanya hingga mati sebelum membunuh diri gara-gara penyakit ekzema yang dihidapinya.

Pang Ching-yu, 23, menyalahkan ibu bapanya kerana ‘menurunkan’ penyakit ekzema yang teruk kepadanya dan menganggap lebih baik mati daripada terus hidup dengan penyakit itu.

“Penghidap ekzema yang melahirkan anak lebih teruk daripada orang miskin yang beranak.

“Kalau miskin kita boleh ubah kehidupan dengan bekerja keras. Tapi jika ekzema, memang terpaksa menanggung seksa sepanjang hayat,” tulis Ching-yu dalam sebuah blog.

Mayat Ching-yu ditemui dengan kepalanya ditutup beg plastik yang dihubungkan paip disalurkan pada kanister gas helium, manakala mayat ibu bapanya, masing-masing berusia 56 serta 60 tahun, ditemui dengan kesan tikaman.

“Kami menemui nota ditinggalkan wanita itu dalam bilik tidurnya, manakala pisau berukuran 30 sentimeter yang berlumuran darah ditemui di dapur.

“Memang dia menganggap lebih baik mati daripada menderita penyakit itu,” kata Penolong Komander Polis Daerah Tuen Mun, Yan Fong-wai kepada South China Morning Post. (Sumber: Astro Awani)

BUDAK 5 TAHUN DI BACHOK PARAH DILIBAS PARANG

Seorang wanita yang mengaku melibas parang ke dahi kanak-kanak 5 tahun dalam kejadian Khamis lalu, diarah menjalani pemeriksaan mental oleh Mahkamah Sesyen tadi.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin mengarahkan tertuduh, Mahazam Ab Razak, 38, menjalani pemeriksaan selama sebulan di Hospital Tanjung Rambutan, Perak.

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhammad Zakwan Rizqin Mohd Za’ain dengan menggunakan parang di tepi Jalan Kampung Kuchelong, Jelawat, Bachok, pada jam 1 tengah hari, 21 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Julai depan. (Sumber: Astro Awani)

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *