Digelak Orang Dari Pegawai Bank Jadi Penjual Telur. Lelaki Ni Bangga Jual 30,000 Telur Sehari

| December 17, 2018 | 0 Comments

Digelak Orang Dari Pegawai Bank Jadi Penjual Telur. Lelaki Ni Bangga Jual 30,000 Telur Sehari | Berhenti kerja ngan bank dan mula berniaga telur, dicemuh orang ramai tetapi kini beliau bangga bila berjaya jual 30,000 telur sehari. Alhamdulillah rezeki. Semoga kisahnya jadi inspirasi.

JUAL TELUR HARGA MURAH

Perniagaan telur ayam diusahakan Zulkefli Bidin sejak 14 tahun 
lalu dengan nama Zul Tolo semakin mendapat perhatian 
termasuk dari Lembah Klang kerana dijual pada harga murah. Cuba bayangkan sebiji telur untung bersih 5 sen je. Didarab dengan 30,000 dapat rm1500 sehari. Kalau sebulan dah RM45,000 bersih. Jom baca kisahnya….

Digelak Orang Dari Pegawai Bank Jadi Penjual Telur. Lelaki Ni Bangga Jual 30,000 Telur Sehari

PADA tahun 1980 ketika berusia 10 tahun, Zulkefli Bidin sudah mula terdedah dengan bidang perniagaan.

Jika ada masa terluang ketika itu, dia sering membantu bapanya, Bidin Khamis yang menjalankan perniagaan runcit dan borong di Pasar Besar Jalan Othman, PJ Old Town di Petaling Jaya, Selangor

Disebabkan kerap membantu orang tuanya di pasar berkenaan, timbul minat yang mendalam terhadap bidang itu malah dia bercita-cita menjadi peniaga seperti bapanya apabila dewasa.

Namun, minatnya dalam bidang perniagaan terpaksa dilupakan seketika kerana bapanya mahu dia memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran demi masa depannya.

Selepas menamatkan pengajian di sebuah universiti di Skudai, Johor, Zulkefli memutuskan untuk memilih laluan kerjayanya sendiri dengan bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah bank di ibu negara pada tahun 1993.

Bagaimanapun, setelah 10 tahun bekerja, syarikat perbankan itu mengalami masalah dan operasinya terpaksa ditutup sekali gus menyebabkannya hilang punca pendapatan.

“Keadaan itu menyebabkan saya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Kampung Tanah Datar di Chengkau dekat Rembau pada tahun 2004 untuk mencari peluang pekerjaan.

Digelak Orang Dari Pegawai Bank Jadi Penjual Telur. Lelaki Ni Bangga Jual 30,000 Telur Sehari

“Pada masa tersebut, saya banyak berfikir apa kerja yang boleh dibu4t di kampung. Pada suatu hari, dalam tahun yang sama saya pulang ke kampung, tiba-tiba terlintas di benak fikiran untuk menjalankan perniagaan menjual telur ayam.

“Idea menjual telur ayam muncul secara tidak sengaja sebaik anak sulung yang ketika itu berusia sekitar empat tahun meminta saya menjalankan perniagaan ini kerana tidak berpuas hati apabila makanan kegemarannya itu cepat sangat habis meskipun saya membeli dalam kuantiti yang banyak,” katanya membuka cerita ketika ditemui baru-baru ini.

Cerita bapa kepada lima cahaya mata itu lagi, berbekalkan sejumlah wang pampasan yang diterima daripada tempat kerja sebelum ini, Zulkefli memberanikan diri menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi perkhidmatan menghantar telur ayam yang diambil daripada pembekal ke rumah-rumah pembeli di Negeri Sembilan menggunakan kereta dan van sebagai permulaan.

Bagaimanapun, dia merasakan perniagaannya perlu ada satu jenama yang akan sentiasa diingati oleh setiap pelanggan khususnya di Negeri Sembilan.

IMEJ ZUL TOLO MEMBANTU

Maka, dengan itu muncul nama Zul Tolo yang diperkenalkan Zulkefli sejak menceburi perniagaan berkenaan, 14 tahun lalu.

“Jenama Zul Tolo dipilih kerana ia menggambarkan imej perniagaan yang diceburi. Perkataan Zul adalah singkatan nama saya, manakala Tolo pula berasal daripada perkataan telur dalam loghat Negeri Sembilan.

“Rasa bangga memang ada kerana telur ayam yang dijual semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan dan atas faktor itu, saya memutuskan untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka premis tetap untuk menjual produk saya di tepi jalan utama Seremban-Tampin berhampiran rumah saya, tiga tahun kemudian,” jelasnya.

Zulkefli menarik perhatian apabila memaklumkan bahawa sejak dia membuka premis tetap di tepi jalan itu, jualan telur ayam yang diperolehnya daripada penternak di negeri ini semakin meningkat dengan purata 30,000 biji telur habis dijual dalam tempoh sehari.

Digelak Orang Dari Pegawai Bank Jadi Penjual Telur. Lelaki Ni Bangga Jual 30,000 Telur Sehari

“Sambutan memang menggalakkan sehingga terpaksa menolak beberapa pembekal lain yang mahukan saya memasarkan telur ayam kerana mereka berminat dengan strategi pemasaran yang saya buat.

“Pengalaman paling tidak dilupakan apabila pernah terjadi bekalan telur ayam tid4k mencukupi kerana ramai pelanggan yang membuat tempahan terutama untuk majlis perkahwinan dan musim perayaan,” katanya sambil di selang-seli dengan membalas mesej pelanggan melalui aplikasi WhatsApp.

Dia yang kini turut membuka cawangan di Senawang dekat Seremban dan Putrajaya menyifatkan rahsia kejayaan perniagaan telur ayam diusahakan itu adalah kerana ia dijual pada harga murah berbanding tempat lain.

BELIAN BORONG DARI LADANG

Jelasnya lagi, kecanggihan teknologi media sosial masa kini dimanfaatkan sepenuhnya apabila dia mampu menguar-uarkan aktiviti perniagaannya dengan lebih pantas dan berkesan terutama melalui Facebook.

Bagi memudahkan pelanggan terutama dari negeri lain yang membeli secara borong, dia berkata, dua buah lori bonded miliknya bersedia untuk menghantar bekalan telur ayam ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

Kata penggemar lagu nasyid kumpulan Rabbani itu, telur ayam yang dijualnya dikelaskan mengikut gred A, B, C, D, E dan F. Harga borong bagi telur gred A dijual pada harga serendah RM7 sepapan, manakala harga biasa bagi gred itu adalah RM8. Bagi telur gred F pula, dia menawarkan harga serendah RM5 sepapan.

Ketika disoal kenapa dia mampu menawarkan pada harga murah, Zulkefli berkata, hal ini kerana dia memperoleh bekalan dalam jumlah yang besar sekali gus dapat menjual telur ayam serendah 20 sen sebiji namun, mampu lagi menjana sedikit keuntungan.

“Kebiasaannya, telur ayam yang baik kualitinya hanya mampu bertahan selama tiga minggu. Dalam tempoh tersebut, saya perlu menjual seberapa banyak yang boleh menerusi strategi pemasaran saya yang mungkin tidak sanggup dibuat oleh peniaga lain.

“Saya tidak akan dedahkan strategi perniagaan secara terbuka tetapi, jika ada orang yang betul-betul berminat menceburi perniagaan ini boleh hubungi saya,” ujarnya.

Katanya, tujuannya menceburi perniagaan tersebut bukan mahu mengaut keuntungan berlebihan dan ingin cepat kaya tetapi, cukup sekadar memberi sedikit kesenangan kepada keluarga yang selama ini banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya.

Zulkefli yang dibantu empat pekerja memberitahu, selagi hayat di kandung badan, dia akan tetap menjual telur ayam dan berharap ada dalam kalangan anaknya dapat meneruskan legasi perniagaannya.

“Insya-Allah saya akan berniaga telur selama-lamanya. Kalau boleh biarlah anak-anak yang akan menyambung perniagaan ini. Saya yakin perniagaan telur ayam yang dijalankan ini mampu bertahan lama dalam pasaran negara ini kerana asasnya telah kukuh dan stabil,” katanya ketika duduk di sofa kegemaran di premisnya itu.

Sementara itu, peniaga nasi lemak dari Tampin, Aripin Said, 66, berkata, dia mendapatkan bekalan telur ayam untuk perniagaan nasi lemaknya daripada Zul Tolo sejak 10 tahun lalu.

LAYANAN BAIK KEPADA PELANGGAN

Katanya, meskipun jarak kedai itu dari rumahnya sejauh kira-kira 10 kilometer, warga emas tersebut sanggup datang membeli telur ayam di situ kerana harga ditawarkan lebih murah berbanding tempat lain.

“Sudah lebih 10 tahun saya mendapatkan telur ayam daripada Zul Tolo. Setiap kali datang ke sini saya akan membeli sebanyak 10 papan telur yang mampu bertahan selama tiga hari untuk perniagaan nasi lemak yang dijual dekat Taman Baiduri di Kampung Kuala Ina.

“Telur ayam dijual Zul Tolo memang murah dan berkualiti. Saya senang membeli di sini kerana pemiliknya bijak melayan pelanggan,” katanya ketika ditemui di kedai berkenaan.

Bagi seorang lagi pelanggan, Anuar Arif, dia hanya membeli telur ayam daripada kedai tersebut walaupun rumahnya jauh di Bukit Rambai, Melaka.

Pemandu lori berusia 46 tahun itu berkata, dia sependapat dengan Aripin bahawa telur ayam dijual oleh Zulkifli murah dan berkualiti tambahan pula lokasi kedainya hanya di tepi jalan utama Seremban-Tampin sekali gus memudahkan orang ramai singgah ke situ.

“Setiap kali melalui jalan ini untuk ke Seremban, saya akan singgah di kedai Zul Tolo membeli tiga papan telur ayam. Saya memang tidak membeli di tempat lain meskipun saya menetap di Melaka,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *