Dilahirkan Tanpa Tangan. Tetapi Hasil Seni Lukisannya Buat Ramai Orang TERUJA.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, Razali Rohani, 36, tetap mampu meletakkan namanya sebaris pelukis hebat walaupun dirinya kekurangan fizikal.

Dilahirkan Tanpa Tangan. Tetapi Hasil Seni Lukisannya Buat Ramai Orang TERUJA.

Menggunakan kaki bagi menggantikan tangan ketika melukis, Razali mampu menghasilkan karya seni cukup menarik melalui pameran lukisan dan demonstrasi di lokasi tumpuan.

Malah lukisan pemandangan dihasilkan pelukis ‘istimewa’ itu pernah dibeli dengan harga lebih RM1,000 ketika menyertai satu pameran lukisan di Istana Budaya sebelum ini.

Dilahirkan Tanpa Tangan. Tetapi Hasil Seni Lukisannya Buat Ramai Orang TERUJA.

“Lukisan itu dibeli ketika menyertai pameran di Istana Budaya. Lama dah, terkejut juga dan saya bersyukur kerana ada yang menghargai hasil seni insan seperti saya,” katanya, hari ini.

Bakat melukis dimiliki bapa seorang anak itu bermula sejak berusia 12 tahun dan dalam keadaan diri berstatus OKU, suami kepada Siti Rosuzy Zawawi, 29, itu tanpa jemu terus mengasah bakat.

“Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pagar Besi dari Darjah Satu hingga Darjah Enam tetapi tidak meneruskan persekolahan peringkat menengah kerana hilang keyakinan diri ketika itu.

Dilahirkan Tanpa Tangan. Tetapi Hasil Seni Lukisannya Buat Ramai Orang TERUJA.

Orang ramai yang datang melihat hasil lukisannya ketika insan istimewa itu melukis di Pantai Teluk Ketapang.

“Bagi memikirkan masa depan, saya mengambil keputusan mengikuti kursus di sebuah pusat latihan orang kelainan upaya (OKU) di Cheras selepas berhenti sekolah,” katanya.

Sejak itu, katanya, dia mula menanam keazaman untuk mencapai impian menjadi pelukis dan mengasah kemahiran dan kebolehannya dalam bidang lukisan di pusat latihan berkenaan.

“Selepas menamatkan latihan, saya menambah pengetahuan untuk mengasah bakat dengan menimba ilmu daripada pelukis yang lebih berpengalaman sebagai panduan,” katanya.

Razali turut menyertai Persatuan Artis Lukisan Mulut dan Kaki (MFPA) iaitu badan bertanggungjawab memasarkan lukisan dihasilkan pelukis sepertinya, selain beberapa persatuan lain.

Malah Razali mengakui kini mampu berbangga apabila dengan hasil usahanya selama ini dia berupaya memiliki sebuah kereta yang dibeli menggunakan hasil titik peluhnya sendiri.

“Saya juga mampu unruk melakukan rutin harian seperti insan normal lain seperti menggunakan telefon bimbit dan mengasuh anak perempuan saya tanpa bantuan sesiapa,” katanya.

Kredit : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply